Wednesday, December 28, 2011

Biografi Hamzah Fansuri Berdasarkan Minuskrip Melayu Lama.

Dalam Ensiklopedi Umum (1973) mengatakan Hamzah Fansuri adalah seorang penyair dan ahli tasawuf yang berasal dari Barus, Sumatera. Aliran Hamzah Fansuri dalam ilmu tasawuf sangat terpengaruh sehingga ke Tanah Jawa. Hamzah Fansuri banyak terkesan dengan karya-karya serta ketokohan Ibnu Arabi, Al-Hallaj, Al-Djunaid dan Jajaludin ar-Rumi kerana nama-nama ini ada disebut dalam kebanyakkan karya Tasawwufnya.

Aliran Hamzah Fansuri terkenal dengan teori Wahdatul Wujud di mana fahaman ini sangat ditentang oleh Nuruddin Ar-Raniri. Antara bentuk karangannya yang sangat terkenal adalah Syair Perahu, Syair Burung Pungai, Syair Dagang dan lain-lain (Hasan Shadily 1973: 321). Mengenai tarikh lahir Hamzah Fansuri ia masih diperdebatkan sehingga ke hari ini, Ooi Keat Gin (2004) dalam ensklopedianya menyatakan bahawa beliau lahir pada fasa kedua dalam abad ke-16 di bawah kepimpinan serta kesultanan Sultan Alaudin Riayat Shah Ibn Firman Shah (1589-1604) (Ooi Keat Gin. 2004: 560). Drewes dan Brakel (1986) pula berpendapat yang mengatakan bahawa beliau hidup sehingga zaman kesultanan Iskandar Muda (Mahkota Alam) iaitu antara tahun 1607 sehingga 1636 masihi. Berdasarkan penelitian dan kajian jelas mengatakan bahawa beliau meninggal dunia antara sebelum atau pada tahun 1590 masihi (Drewes dan Brakel 1986:3). Manakala Naquib Al-Attas dalam membicarakan mengenai tahun kelahiran Hamzah Fansuri, beliau membawakan beberapa bait syair Hamzah Fansuri yang boleh dijadikan justifikasi kepada isu ini, iaitu:

Sjah ‘Alam Radja jang adil
Radja Qoetoeb jang sampoerna kami
Wali Allah sampoerna wasil
Radja arif lagi mukammil
Bertambah daulat Sjah

Bertambah daulat Sjah ‘Alam
Makota pada sekalian Alam
Karoenia ilahi Rabb al-‘alamina
Menjadi radja kedoe alam.

Dari keterangan dan bukti yang dikemukakan sarjana-sarjana di atas dapat penulis tegaskan, bahawa Hamzah Fansuri hidup semasa Sultan ‘Ala al-Din Riayat Syah (1589-1602) atau pada akhir abad ke-16 sampai abad ke-17 dan diperkirakan Hamzah Fansuri meninggal dunia sebelum atau pada 1016/1607 sesuai dengan bukti-bukti yang dikemukan oleh Naquib al-Attas (Naguib al-Attas 1970:70). Lebih tepat lagi A. Hasmy dalam kertas kerjanya mengatakan bahawa pada akhir pemerintahan Sulthan Iskandar Muda Meukuta Alam (wafat 29 Rajab 1046 H = 27 Desember 1636 M.), Syekh Hamzah Fansuri meninggal dunia di Wilayah Singkel, dekat kota kecil Rundeng. Beliau dimakamkan di Kampung Oboh Simpang Kiri Rundeng di Hulu Sungai Singkel. (A. Hasmy 1984:11).

Manakala tempat Hamzah Fansuri dilahirkan, kebanyakkan sarjana sepakat beliau berasal dari Fansur bersempena dengan nama dibelakangnya iaitu Fansuri. Fansur adalah sebuah pelabuhan Pantai Barat di Utara Sumatera antara Singkil dan sibolga. Orang luar menggelarkan tempat ini sebagai Fansur tetapi ia sebenarnya Barus dalam bahasa tempatan (Ooi Keat Gin. 2004: 561). Memetik dari dari karya (Naguib al-Attas 1970:5-8), beliau mempunyai pendapat berlainan dengan mengatakan bahawa Hamzah pernah menulis dalam syairnya bahawa beliau lahir di Shahr Nawi (Shah r-i-Nawi) atau Ayutthaya, Thailand. Tetapi disanggah Drewes dan Brakel (1986) yang mengatakan ini hanya teori dan kemungkinan Hamzah Fansuri telah menjelajah atau bermusafir sehingga ke Ayutthaya dan menuntut bersama orang Parsi di sana berbanding mengatakan bahawa ia lahir di sana (Drewes dan Brakel 1986:5).

Untuk lebih tepat, penulis menyertakan satu bait syair yang menerangkan tempat kelahiran Hamzah Fansuri yang berbunyi:

Hamzah nin asalnya Fansuri
Mendapat wujud di tanah Shahrnawi
Beroleh khilafat ilmu yang alu
Daripada ‘Abd al-Qadir Jilani.

Hamzah Fansuri semasa hayat hidupnya sangat suka menjelajah atau bermusafir keseluruh Nusantara dan Tanah Arab, antaranya Pahang, Ayttuhaya, Mughal India, Mekah, Madinah dan juga Baghdad. Oleh yang demikian dalam mengagaskan ilmu wahdatul wujud, beliau sangat terpengaruh dengan pandangan Ibnu Arabi yang berasal dari Sepanyol ketika mana beliau menjelajah ke Mughal India dan juga Parsi sekitar abad ke-16. Hamzah Fansuri ketika mana mengajarkan doktrin wahdatul wujud, beliau berada di Aceh sekitar suku terakhir abad ke-16 yang dianggap sebagai kuasa besar dalam politik dan ketenteraan dan juga pusat Islam yang pesat menggantikan Melaka yang ketika itu ditawan oleh Portugis pada 1511.

Hamzah Fansuri banyak dikritik oleh Nuruddin al-Raniri (1658). Beliau mengatakan bahawa Hamzah dan Syamsuddin Sumatrani yang mengajarkan wahdatul wujud adalah sesat dan bertentangan dengan apa yang difahami oleh beliau. Ini adalah kerana di India, wahdatul wujud sangat ditentang oleh ahli aqidah di India dan situasi yang sama dibawa ke Aceh dengan mempengaruhi Sultanah Taj al-Alam Safatudin Shah (1641-1675) untuk membakar dan mengharamkan nama Hamzah Fansuri dan karyanya. Oleh yang demikian, nama dan peranan Hamzah Fansuri banyak tidak kelihatan dalam karya Indonesia seperti Hikayat Acheh (Ooi Keat Gin. 2004: 561-562).

Tuesday, December 27, 2011

Maqamat Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri oleh Ab. Halim Mohamad

Menurut Abdul Hadi, Hamzah Fansuri merupakan penyair yang tersohor di alam Melayu abad ke-16 yang menjadi buah mulut kalangan sarjana di Nusantara. Beliau merupakan intelektual dan ahli sufi yang terkemuka dan dianggap perintis dalam pelbagai bidang keilmuan. Hamzah berjaya merintis tradisi baru dalam penulisan sastera Melayu-Indonesia, khususnya di bidang penulisan sastera yang bercorak Islam di abad ke 16 dan ke 17 (2001: 117). Beliau merupakan Bapa Sastera Melayu dan orang yang pertama menulis dalam bahasa Melayu tentang banyak aspek tasawuf (Muhammad Bukhari: 123).

Sehingga kini belum lagi ditemui syair yang mendahului syair Hamzah Fansuri dan Hamzah dianggap pelopor bentuk tersebut (Voorhoeve: 278). Mengikut Syed Naguib al-Attas, syair Hamzah Fansuri terawal yang masih wujud dianggap berasal dari seorang ahli mistik Sumatra abad ke-16 (lihat Siti Hawa Haji Saleh: 123). Hamzah Fansuri juga disifat sebagai seorang muslim yang sangat bertakwa yang disanjungnya ialah khalik yang mencipta alam semesta dan menentukan takdir-Nya (Muhammad Naquib al-Attas, 1970: 322). Dia ialah seorang ahli tasawuf, zahid dan mistik yang mencari penyatuan dengan khalik dan menemuinya di jalan isyk (cinta) (V.I Braginsky, 1994: 15)

Al-Qusyayri telah menerangkan empat puluh sembilan keadaan dan kedudukan (ahwal dan maqamat) bagi golongan sufi secara terperinci 49 maqamat (kedudukan) dalam bukunya sufinya yang tekenal yang bertajuk al-Risalah al-Qusyayriyyah fi ‘Ilm al-tasawuf (al-Qusyayri, 1993: 91-350).

Secara ringkasnya, ahwal dan maqamat itu antaranya adalah seperti, al-Tawbat (bertaubat), al-Mujahadah (bermujahadah), al-Khulwah dan ‘Uzlah (berada di tempat sunyi dan mengasingkan diri untuk beribadat), al-Taqwa (taqwa), al-wara‘ (warak), al- Zuhd (zuhud), al-Samt (diam atau tidak banyak bercakap), al-Khawf (takut), al-Raja’ (harapan), al- Huzn (sedih), al-Jaw‘ wa tarq al-shahwat (Lapar dan meninggalkan Syahwat), al-Khusu‘ wa altawadu‘ (khusuk dan tawaduk), Mukhalafah al-nafs (menyalahi hawa nafsu), al-Hasad (dengki), al- Qana’ah (memadai atau cukup dengan apa yang ada), al-tawakkul (tawakal), al-Syukr (syukur), al- Yaqin (yakin), al-Sabr (sabar), al-Muraqabah (pemerhatian), al-Rida (reda), al-‘Ubudiyyah (pengabdiyan), al-Iradah (kemahuan), al-Istiqamah (tetap pendirian), al-Ikhlas (ikhlas), al-Sidq (benar),al-haya’ (malu), al-Hurriyyah (kebebasan), al-Zikr (zikir), al-Futuwwah (Tidak menyakiti, berbuat baik, mengikuti sunnah Nabi, kesetian, menzahirkan nikmat dan menyembunyikan kesusahan dan lainlain), al-Firasah (firasat), al-Khuluq (akhlak), al-Jud wa al-sakha’ (murah hati atau suka bersedekah), al- Ghirah (cemburu terhadap kebaikan), al-Walayah (kewalian atau kepimpinan), al-dua’ (doa), al-Faqr (kemiskinan), al-Tasawwuf (tasawwuf, adab akhlak atau menjaga akhlak), al-Adad (adab), Ahkam alsafar (hukum-hukum musafir), al-Suhbab (persahabatan), al-Tawhid (tauhid), al-Khuruj min al-Dunya (keluar daripada dunia yang fana), al- Ma‘rifah Allah (mengenal Allah), al-Mahabbah (kasih sayang), al-Syawq (rindu kepada Allah), al- Sima‘ (mendengar ajaran agama).

Maqamat (Kedudukan) Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri cuba menghuraikan dan menganalisis maqamat yang cuba ditonjolkan oleh Hamzah Fansuri dalam syairnya berdasarkan 49 maqamat yang dinyatakan oleh al-Qusyayri dalam bukunya “al-Risalah al-Qusyayriyyah” seperti yang tersebut di atas. Oleh kerana maqamat itu banyak, maka beberapa maqamat yang lebih dominan sahaja dalam syair Hamzah diketegahkan. Ia adalah seperti yang berikut:

(1) Taubat: Hamzah Fansuri cuba mengambil dalil atau bukti daripada ayat al-Qur’an tentang perlunya sesaorang hamba itu bertaubat sekiranya ia megakui bahawa Allah (s.w.t) adalah tuhannya. Firman Allah dalam surah al-Tahrim, ayat 8, yang mafhumnya:

“Wahai orang yang beriman! Bertaubatkan kepada Allah dengan taubat yang sebenar-sebenarnya”. Ini dapat dilihat dalam syairnya yang berikut:

Dalil ini bahawasanya min Allah
Ya ’ayyuha al-lazina ’amanu tubu ’ila Allah
Jika engkau da’im mengatakan Rabbi Allah
Mangkanya dapat menafikan ma siwa Allah
(Abdul Hadi W.M, 2001: 368)

Allah meminta sekelian hambanya yang mukmim supaya bertaubat. Ini kerana setiap anak Adam itu pasti melakukan kesalahan, seperti sabda Nabi (s.a.w) ( (كل ابن آدم خطاءین وخیر الخطاءین التوابین “Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-sebaik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat”.

Tujuan bertaubat adalah supaya hamba Allah itu dapat membersihkan daripada dosanya dan supaya Allah (s.w.t) memasukkannya dalam golongan orang-orang yang bersih. Sememangnya Allah (s.w.t) sukakan hambanya yang bertaubat seperti firman-Nya { {إن لله یحب التوابین ویحب المتطھرین (al-Baqarah: 222). Maksudnya “Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersih”. Konsep ini diungkapkan oleh Hamzah seperti dalam syairnya yang berikut:

Qala Allah Ta‘ala pada sekalian muslimin
Yokya kau taubat dari dosa mu ajma‘in
Hafaz-kan ’inna Allah yuhibbu al-tawwabin
Supaya masuk ke dalam ma‘na mutatahhirin
(Abdul Hadi 2001: 371)

Allah subhanahu wata‘ala meminta hamba-Nya bertaubat daripada dosanya yang lalu. Sebanyak
mana hambanya bertaubat tidak mencukupi. Ini kerana hamba-Nya itu sentiasa melakukan dosa sama ada kecil atau besar. Amalan bertaubat ini menjadikan manusia itu sentiasa berhubung dengan Allah yang maha kekal yang mana seseorang itu tidak dapat lari daripada-Nya. Ini dijelaskan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Taubat syari‘at dari dosa lalu
Akan hakikat tiada ia kafi
Jika belum dari adamu kau lari
Manakan wasil dengan tuhan yang baqi
(Abdul Hadi W.M, 2001: 368)

Allah (s.w.t) telah mengutus Rasul-Nya kepada sekelian manusia supaya menusia itu bertaubat
daripada dosanya mensyirikkan Allah (s.w.t). Sssungguhnya bertaubat itu adalah perbuatan yang dikasihi oleh Allah (s.w.t). Orang yang bertaubat dengan sebenar-benarnya ibarat orang yang suci bersih seperti tidak ada dosanya lagi, sebagaimana sabda Nabi (s.a.w)yang berbunyi (التائبون من ذنبھ كمن لا ذنب لھ) . Maksudnya “Orang yang bertaubat dari dosanya seperti orang yang tiada dosa (suci daripada dosa)”. Ajaran Islam ini dinyatakan dalam syairnya seperti berikut:

Ketahui Inna Allah arsala ‘abdahu
Menyuruh berkata pada sekelian ummatahu
’Al-ta’ibu min al-zanbi ka-man la dzanba lahu
Inilah perbuatan yang dikasih Rabbahu
(Abdul Hadi W.M, 2001: 371)

(2) Zuhud: Sa‘id Hawwa menerangkan tiga tanda orang yang zuhud. Pertama, dia tidak gembira dengan apa yang dia ada dan bersedih di atas kehilangannya. Kedua, dia tidak merasai apa-apa ketika dipuji atau dikeji. Ketiga, Hatinya sentiasa mendampingi Allah dan merasai kelazatan taat kepadaNya (Tanpa Tarikh: 316). Sabda Nabi (s.a.w) {إذا رأیتم الرجل قي أُوتي زھدا في الدنیا ومنطقا فاقتربوان الحكمة} ◌ّ منھ فإنھ یلقّ (al-Suyuti, Jil.1: 84). Maksudnya “Apabila kamu melihat seorang lelaki yang di beri sifat zuhud di dunia ini, maka hampirilah dia, kerana dia memahami kebijaksanaan”. Ahli makrifah yang bijaksana telah berkata “Apabila iman telah menyentuh luaran hati maka ia mencintai dunia dan akhirat. Tetapi apabila iman telah memasuki ke lubuk hati, dia membenci dunia” (Sa‘id Hawwa:316).

Hamzah Fansuri telah memetik hadis Nabi (s.a.w)yang berbunyi: (حب الدنیا رأس الخاطئة وترك الدنیارأس كل العبادة ). Maksudnya “Cintakan dunia adalah punca segala keburukan, dan meninggalkan dunia merupakan punca segala amal ibadat. Hadis ini digambarkan dalam syairnya yang berbunyi:

Hadis masyhur terlalu bayyinah
Mengatakan dunya kesudahan sayyi’ah
Hubb al-dunya ra’s khati’ah
Tark al-dunya ra’s kull al-ibadah (2001: 364)

Hamzah mengingatkan manusia supaya tidak tergoda dengan perhiasan dunia yang sementara ini. Hati yang meninggalkan keseronokan dunia ini ialah hati yang bertakwa dan takutkan Allah (s.w.t), seperti katanya:

Emas dan perak jangan kau sayang
Supaya dapat mahbub kau amang (takut) (2001: 383)

Hamzah juga meminta manusia supaya berzuhud dan tinggalkan kekayaan dan kemewahan dunia yang kelihatan bercahaya. Ini kerana berapa banyak kalkatu mati disebabkan oleh cahaya. jika mahu selamat di akhirat nanti. Kemewahan dunia adalah fatamorgana yang membahayakan kehidupan manusia. Ia sebagai kalkatu yang mati disebabkan kepanasan cahaya lampu. Oleh itu, sekiranya manusia ingin mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t), ia mesti meninggalkan kemegahan bangsa dan kekayaan dunia yang sementara itu. Hal ini diungkapkan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Jika hendak jangan berbahaya
Tinggalkan bangsa dan kaya
Jangan waqif di pulau cahaya
Supaya hampir dengan Mulia Raya (2001: 397)

(3) Meninggalkan syahwat: Nafsu syahwat adalah musuh manusia yang sentiasa mendorong manusia melakukan perkara keburukan seperti firman Allah (s.w.t) lagi {إنا جعلنا ما على الأرض زینة لھا لنبلوھم أیھم أحسن عملا} (al-Kahf:7). Maksudnya “Kami jadikan apa yang ada dimuka bumi ini sebagai perhiasannya, untuk menguji kamu siapakah yang lebih baik amalannya”. Firman Allah lagi {وأما من خاف مقام ربھ ونھى النفس عن الھوى فإن الجنة ھي المأوى} (al-Nazi‘at: 40-41). Maksudnya “Adapun orang yang takut kepada kedudukan (kebesaran) tuhannya dan menegah dirinya daripada hawa nafsu, maka baginya (Allah sediakan) syurga ma’wa”. Orang yang tidak takutkan Allah (s.w.t) dan menurut hawa nafsu sentiasa melakukan maksiat, menjadi penderhaka, memakan makanan yang haran, melakukan zina. Ini dinyatakan oleh hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Perbuatan ma‘siat da’im kau cari
Tiada kau takut akan jadi ‘asi
Rizqi mu haram lagi kau zani
Manakan sampai kau pada ilahi (2001: 370)

Orang yang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya, didapati sesat dalam pekerjaannya dan tersasar daripada jalan yang diredai Allah (s.w.t). Mereka berkawan dengan nafsu dan tamakkan keduniaan. Nafsu adalah musuh manusia, oleh itu, ia harus dilawan dan ditanggani mengikut lunas-lunas Islam supaya manusia hidup bebas daripada cengkaman nafsu dan disayangi oleh Allah. Konsep ini dijelaskan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Aho segala kita yang menyembah hawa
Kerjamu itu terlalu ghawa (2001: 375)

Mencari dunia berkawan-kawan
Oleh nafsu kamu tertawan
Nafsu itu yogya kau lawan
Mangkanya supaya engkau bangsawan (2001: 386)

Hamzah juga menasihati hamba Allah (s.w.t) supaya tidak melakukan perkara yang dilarang oleh
Allah (s.w.t) di dunia ini. Sesiapa yang terpikat dengan keajiban dunia ini dan menghampirinya, nescaya di akhirat nanti dia tidak mendapat apa-apa pembelaan daripada Allah (s.w.t). Seperti firman Allah (s.w.t) {..ومن كان یرید حرث الدنیا نؤتھ منھا وما لھ في الآخرة من نصیب} (al-Syura: 20). Maksudnya “Sesiapa yang mahukan kebaikan dunia kami berikan kepadanya kebaikan itu, dan di akhirat kelak dia tidak memperolehi apa-apa bahagian”. Hal ini dinyatakan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Dengarkan hai anak dagang
Jangan gila mencari larang
Buang diri di tengah padang
Supaya cepat lekas kau datang (352)

Dengarkan firman dari habib (388)
Eloknya dunya terlalu ‘ajib
Barang siapa kepadanya qarib
Wa-ma-lahu fi al-’akhirah min nasib

(4) Tawakkal: Banyak terdapat ayat-ayat dalam al- Qur’an yang meminta supaya manusia bertawakal dan bergantung kepada diri sendiri. Firman Allah (s.w.t) { وعلى لله فلیتوكل المؤمنون } (al-Imran: 160). Maksudnya “Dan kepada Allahlah orang-orang mukmin bertawakal”. Orang mukmin bertawakal kepada Allah (s.w.t) dan bukan kepada yang lain.

Hamzah Fansuri menerangkan bahawa ilmu Allah tentang pembahagian rezki kepada hambanya sudah diketahui sebelum ia dilahirkan dan sebelum langit dan bumi dijadikan. Manusia perlu bertawakal kepada Allah, dan jangan meminta kepada makhluk yang lain. Orang yang bertawakal kepada Allah nescaya ia memperolehi darjat yang tinggi. Hamzah melahirkan ajaran Islam ini dalam syairnya seperti berikut:

Rizqimu mawjud di dalam ma‘lumat
Lagi belum lahir al-‘ard wa al-samawat
Jika lagi engkau muhtaj ke rumah makhluqat
Manakan dapat beroleh ‘ali al-darajat (370)

Orang-orang mukmin yang bertakwa sentiasa bertawakal kepada Allah. Firman Allah (s.w.t) {وعلىلله فتوكلوا إن كنتم مؤمنین} (al-Ma’idah: 23). Maksudnya “Dan kepada Allah kamu bertawakal sekiranya kamu orang-orang yang mukmin”. Jika orang mukmin bertawakal kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang maka sudah pasti dia digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang sabar. Hal ini dinyatakan dalam oleh Hamzah dalam syairnya yang berikut:

Dalil ini dibawa imam al-muttaqin
Ya‘ni fatawakkalu ’in kuntum mu’minin
Jika tawakalmu kepada Arhama al-Rahimin
Mangkanya dapat ke dalam qawm al-sabirin (370)

(5) ‘Ubudiyyah dan Istiqamah: Tauhid dan ubudiyah (penghambaan) merupakan permulaan dan pengkabisan. Ia adalah air kepada kehidupan, udara kepada manusia, dan roh kepada yang hidup yang meresapi dalam segenap bahagian anggota, termasuklah juga dalam niat dan amalan (Said Hawa, tanpa tarikh: 305). Ubudiyah merupakan kedudukan yang paling tinggi yang berpaksikan tauhid. Daripada kedudukan ini lahirnya ikhlas, syukur, benar, zuhud, takut, harapan, taqwa, dan kasih sayang serta kecintaan kepada Allah (s.w.t) (Ibid: 303). Orang yang benar-benar beriman sentiasa menjaga shahadat, sembahyang, puasa, zakat, dan haji yang merupakan rukun Islam. Rukun Islam ini yang menjadi tiang ibadat bagi setiap muslim seperti yang dinyatakan oleh Hamzah Fansuri dalam syairnya yang berbunyi:

Shahadat dan salat amal yang ‘azim (364)
Puasa dan zakat hajj bi-al-ta‘zim
Inilah fardu pada sekelian salim
Supaya dapat ke dalam jannat al-na‘im

Manusia dijadikan oleh Allah untuk beribadat kepada-Nya. Ia diminta supaya menyembah Allah
(s.w.t) dengan penuh penghambaan sehingga betul-betul yakin dengan kebesaran-Nya. Firman Allah (s.w.t) { واعبد ربك حتى یأتیك الیقین } (al-Hajar: 99). Maksudnya “dan sembahlah tuhan kamu sehingga kamu didatangi perasaan yakin”. Menyembah Allah (s.w.t) ini pastinya berlaku siang malam dan secara berterusan. Hamba yang saleh akan berpuasa pada siang hari dan melakukan sembahyang pada malamnya. Hal ini dinyatakan oleh Hamzah dalam syairnya yang berbunyi:

Siang hari hendak kau sa’im (377)
Malamnya yogya kau qa’im
Kurangkan makan lagi dan na‘im
Nafi dan isbat kerjakan da’im

Pada lima waktu tatkala qa’im (406)
Malam dan siang kurangkan na’im
Mangka dapat mahbub-mu da’im
Kerjakan salat lagi sa’im
Itulah makna bernama qa’im
Pada segala malam kurangkan na’im
Menafikan ‘alam kerjakan da’im (357)

Orang-orang yang benar-benar beriman dan sentiasa melakukan ibadat, mereka merasai akan kehadiran Allah (s.w.t) dan mencintai-Nya. Hati mereka sentiasa berhubung dengan Allah dan sentiasa mengingati-Nya, seperti kata Hamzah Fansuri dalam syairnya yang berbunyi:

Mahbub-mu itu tiada ber-ba‘id (386)
Pada aynama tuwallu jangan kau ghafil
Fa samma wajh Allah sempurna wasil
Inilah jalan orang yang kamil

(6) Murah hati: Islam mengajar penganutnya supaya banyak bersedekah dan bermurah hati. Orang yang bersifat pemurah samalah dengan Ali bin Abu Talib. Orang yang terlalu bakhil tidak akan dapat menjadi wali Allah dan jauh daripada rahmat Allah (s.w.t). Rasulullah (s.a.w) adalah seorang yang pemurah dan suka bersedekah. Hamzah Fansuri telah memgambarkan sifat pemurah ini dalam syairnya dengan menggunakan perkataan sakhi. Ia menggambarkan dalam syairnya bahawa orang yang pemurah itu adalah kekasih dan wali Allah (s.w.t):

Barang siapa sampai kepada sifatnya sakhi
Beroleh warith dari baginda ‘Ali
Mereka itu yang balhilnya qawi
Manakan dapat menjadi wali (365)

Sabda rasul al-sakhi habib Allah
Yakni yang sakhi itu wali Allah
Barang siapa bakhil da‘im ba‘id Allah

Nabi (s.a.w)pernah bersabda (اتقوا النار ولو بشق تمر، فإن لم یكن فبكلمة طیبة) . Maksudnya “Takutlah api neraka walaupun dengan sebelah buah tamar, sekiranya tiada juga, maka dengan perkataan yang baik” (Muhammad ‘Abdul ‘Aziz al-Khuli, t.tarikh: 124). Sabda Rasul (s.a.w) lagi berbunyi (السخي حبیب لله ولوكان فاسقا، البخیل عدو لله ولو كان زاھدا) . Maksudnya “Orang yang pemurah itu adalah kekasih Allah walaupun ia seorang yang fasiq, dan orang yang kedekut itu adalah seteru Allah walaupun ia seorang yang zuhud”. Hal ini dapat diperhatikan dalam syair Hamzah Fansuri seperti berikut:

Al-Sakhi habib Allah wa-law kana fasiqan
Al-Bakhil aduww Allah wa-law kana zahidan
Barang siapa sakhi kariman kamilin
Ialah sampai kepada amalan salihin (365)

(7) Khusuk dan Tawaduk (Tunduk dan Rendah Diri) : Firman Allah (s.w.t) { {واخفض جناحك للمؤمنین (al-Hajr: 88). Maksudnya “Dan rendahkanlah sayap kamu (khuduk dan tawaduklah) kepada orang-orang mukmin”. Sabda Nabi (s.a.w) (لا یدخل الجنة من في قلبھ ثقال ذرة من كبر، ولا یدخل النار من في قلبھ مثقال ذرة من إیمان..) (Sahih Muslim, No. 91, Bab Tahrim al-kibr wa bayanih. Maksudnya “Tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan takabur walaupun sebesar zarah, dan tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya iman walaupun sebesar zarah”. Firman Allah {وعباد الرحمن الذین یمشون على الأرض ھونا} (al-Furqan: 63). Maksudnya “Dan hamba kepada Allah yang maha penyayang itu, mereka berjalan (di atas muka bumi) dalam keadaan tunduk dan hina”. Hamzah telah menyatakan dalam syairnya bahawa sifat takabur dan besar diri (ghurur) adalah sifat kesyaitanan. Mereka yang bersifat demikian dibenci oleh Allah (s.w.t). Untuk mendampingi Allah (s.w.t) seseorang itu perlu membuang sifat takabur dan besar diri seperti mana yang digambarkan oleh Hamzah dalam syairnya yang berikut:

Takabbur dan ghurur kerja syaitani
Yaitu jauh dari rahmani
Emas dan perak alat nafsani
Di manakan sampai kepada rabbani (365)

Hamzah Fansuri sentiasa mengangap dirinya asing (gharib), hina lemah (da‘if) miskin dan tidak bertakbur dan kenal hakikat dirinya. Sifat tawaduk dan rendah diri dapat dilihat dengan jelas dalam banyak syairnya seperti:

Hamzah gharib terlalu hina
Dimanakan dapat sampai kepada Rabb al-‘alamin (2001: 375)

Hamzah miskin orang ‘uryani
Seperti Ismail jadi qurbani
Bukannya ‘Ajami lagi ‘Arabi (2001: 387)

Hamzah Fansuri sungguh pun hina
Tiada radi akan Tur Sina (2001: 400)

Hamzah Fansuri sungguhpun da‘if
Haqiqat hampir kepada Zat al-Syarif (2001: 409)

Hamzah juga menasihati manusia supaya jangan bersifat takabur dan sentiasa mengenal diri dan menginsafi diri. Ini dapat dilihat dalam bait syairnya yang berbunyi:

Kenal dirimu hai anak jamu
Jangan lupa akan diri kamu
Ilmu haqiqat yogya kau ramu
Supaya terkenal ‘ali adamu (386)

(8) Ahkam Safar (Hukum Musafir): Manusia dimuka bumi ini ibarat suatu perjalanan (musafir) menuju ke akhirat. Dunya baginya adalah sementara dan akhirat jua yang kekal abadi. Firman Allah وللآخرة خیر وأبقى} } (al-Duha: 4). Maksudnya “Akhirat itu lebih baik dan lebih kekal abadi”. Pesan Nabi (s.a.w) dalam hadisnya (... .(كن في الدنیا كأنك غریب Maksudnya “Jadikan diri kamu di atas dunia ini seperti orang asing...”. Barang siapa yang menyayangi dunia yang hampir dan sementara ini (qarib) dia tidak akan menjadi hamba Allah (s.w.t) yang dikasihi, kerana kebergantungannya kepada dunia melebihi kebergantungannya kepada Allah (s.w.t). Hal ini dijelaskan oleh Hamzah dalam syairnya yang berbunyi:

Hadis ini dari Nabi al-habib
Qala: kun fi al-dunya ka’annaka gharib
Barang siapa da’im kepada dunya qarib
Manakan dapat menjadi habib (365)

Dalam masa berkelana di bumi Allah ini, manusia harus mengenali dirinya. Dari mana dia datang dan ke mana dia akan pergi dan kembali. Manusia juga perlu mempunyai pegangan dan akidah yang kukuh ibarat mengharungi lautan dengan kapal dan berkemudi. Hal ini dijelaskan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

Kenali dirimu hai anak dagang (384)
Jadikan markab tempat berulang
Kemudi tinggal jangan goyang
Supaya dapat hampir kau pulang

Dalam meneruskan perjalanan hidup yang sementara ini, Hamzah meminta supaya seseorang itu mesti berbekalkan ilmu yang secukupnya. Ini kerana dengan berbekalkan ilmu yang cukup, seseorang itu dapat mengharungi perjalanan kehidupan dengan mudah. Hal ini dapat dilihat dalam syair Hamzah seperti yang berikut:

Anak mu‘allim tahu akan jalan
Da’im belayar dilaut nyaman
Markab-mu tiada berpapan
Olehnya itu tiada berlawan (384)

(9) Makrifah Allah (Mengenal Allah (s.w.t): Sabda nabi (s.a.w) (إن دعامة البیت أساسھ، ودعامة الدینوالیقین والعقل القامع) 􀍿 المعرفة با (lihat al-Qusyayri, 1993: 311). Maksudnya “Tiang rumah adalah asasnya, tiang agama adalah mengenali Allah, yakin kepadanya, dan menjauhkan daripada melakukan maksiat”. Manusia diminta mengenali tuhannya melalui pemerhatian tentang kejadian dirinya dan makhluk lain seperti langit, bumi, laut, unta, pokok dan lain-lain lagi. Firman Allah (s.w.t) {أفلا ینظرون إلى الإبل كیف خلقت وإلى السماء كیف رفعت وإلى الأرض كیف بسطت وألى الجبال كیف نصبت...} (al-Ghasyiyah: 17). Maksudnya “Tidakkah kamu melihat kepada unta bagaimana ia dijadikan, dan kepada langit bagaimana ia diangkat, dan kepada bumi bagaimana ia dihamparkan, dan kepada bukit bagaimana ia dipasakkan?..” Dengan demikian manusia akan dapat mencari Allah dan megenali Allah (S.W.T yang maha tinggi (‘ali) seperti kata Hamzah dalam syairnya:

Kenal dirimu hai anak jamu
Jangan lupa akan diri kamu
Ilmu hakikat yogya kau ramu
Supaya terkenal ‘ali adamu (2001: 386)

Sesiapa yang mengenali hakikat kejadian dirinya daripada lemah kepada kuat dan lemah, dari mana dia datang dan ke mana dia akan pergi, pasti akan mengenali siapa penjadinya. Sabda Nabi (s.a.w) ( من عرف نفسھ فقد عرف ربھ ). Maksudnya ”Sesiapa yang mengenali dirinya, maka sesungguhnya dia telah mengenali siapa tuhannya”. Tuhan itu adalah satu, tidak menjelma dalam diri manusia, tidak bertempat dan tidak boleh disifatkan bentuknya. Hakikat tuhan ini dinyatakan oleh Hamzah dalam syairnya seperti berikut:

Man ‘arafa nafsah sabda Baginda Rasul
Fa-qad ‘arafa rabbah tiada dengan hulul
Wahid-kan olehmu fa‘il dan maf‘ul
Jangan di-takhsis-kan maqam tempat nuzul (2001: 361)

Tuhan itu adalah satu dan tidak dapat dilihat (satir). Pengakuan “tiada tuhan melainkan Allah (s.w.t)” adalah pada zahirnya tetapi pada hakikatnya menafikan tuhan itu bersifat fana’ (musnah seperti makhluk lain) dan mengiktiraf bahawa Allah (s.w.t) itu kekal selama-lamanya. Sesiapa yang menafikannya, maka ia menjadi kafir. Pengakuan seperti itu sudah cukup (kafa’) untuk mengenali Allah. Hal ini dinyatakan oleh Hamzah dalam syairnya seperti yang berikut:

La ilaha illa Allah ma’nanya zahir
Barang yang munkir menjadi kafir
Dengan hakikat insan terlalu satir
Manakan jauh pada sekelian nazir

La itulah yang bernama fana’
Dalamnya ’ithbat ’illa Allah al-baqa’
Mengenal Allah demikian pun kafa’
Mitsal ular Musa hakikatnya asa (366-367)

Hamzah menerangkan hakikat dan konsep Allah (s.w.t) yang sebenar, dimana ianya selari dan tidak bercangggah dengan syariat Islam dan pengangan Ahli Sunnah dan Jamaah. Antara hakikat Allah (s.w.t) yang dikemukanan oleh Hamzah dalam Syairnya adalah seperti dalam bait-bait berikut:

Mengatakan diri Tuhan tidak bermaqam (2001: 360)

Kalam itu datang dari ma‘syuq
Mengatakan dirinya
la tahta wa-la fawq Jangan
dii‘tiqadkan seperti makhluk (2001: 360)

Dzatnya itu tiada berkiri kanan
Zuhurnya da’im tiada berkesudahan
Tiada berjihat belakang dan hadapan (2001:360)

Baca: Wa Allah khalaqakum wamata‘malun (2001: 366)

Wa huwa ma‘akum ini maknanya dalam (366)
Wa huwa al-mawjud terlalu baqi
Wahuwa al-awwal seperti ‘ali

Wahuwa al-akhir da’im nurani (2001: 355)
Tuhan kita yang bersifat hayat

Terlalu suci dari sittu jihat (2001: 360)
Tuhan kita itu yang empunya ‘alam

Menunjukkan kita ma‘rifat yang dalam (2001: 411)
Tuhan kita itu tiada bermaqam
Lahirnya nyata dengan rupa insan
ma‘rifah nafsah suatu burhan

faqad ‘arafa rabbah terlalu bayan (2001: 373)
Tuhan kita itu tiada ia ba‘id

Terhampir pulang dari habl al-warid (2001: 374)
Tuhan kita itu tiada bermitsal

Bukannya bintang dan syamsul hilal (2001: 375)
Tuntuti ilmu haqiqat al-wusul
Kerana ilmu inilah pada Allah qabul

i‘tiqad-mu jangan ittihad dan hulul (374)
Laysa kamithlihi syay’ maknanya bayan
Dalam Taurat, Injil Zabur dan Furqan
Wahuwa al-sami‘ al-basyir pada sekelian awam

Demikian sekarang, al-’an kama kana (361)
La ’ilaha ’illa Allah maknanya Zahir
Barang mungkir menjadi kafir
Dengan hakikat insan terlalu satir

Manakan jauh pada sekalian nazir (366)
La itulah yang bermakna fana’
Dalamnya ithbat ’illa Allah al-baqa’

Mengenal Allah demikian pun kafa (367)

Melalui bait-bait syair di atas dapat disimpulkan bahawa Allah (s.w.t) tidak bertempat, tidak di atas dan tidak di bawah, tidak di kanan dan tidak di kiri, tidak di hadapan dan tidak dibelakang.Allah (s.w.t) tidak seperti makhluk. Allah itu kekal selama-lamanya, tidak mati dan tidak berkesudahan. Allah terlalu hampir dengan hambanya dan dialah yang menjadikan hambanya. Allah (s.w.t) juga tidak boleh dibuat perbandingan, tidak seperti binatang, bukan seperti Matahari, dan bukan seperti bulan.

Allah (s.w.t) yang menjadikan manusia dan pekerjaannya.. Allah (s.w.t) maha mendengar dan Dia jualah yang menganjar manusia dan memberi ilmu. Allah itu tidak berubah, dahulu sekarang dan akan datang sama sahaja.

Allah bersifat dengan kesempurnaan dan bertentangan dengan manusia yang bersifat lemah. Allah (s.w.t) sebenarnya tidak bersatu dan tidak menjelma dalam diri manusia. Bukti kewujudan Allah ialah wujudnya manusia. Sesiapa yang mengenali hakikat dirinya, maka dia telah mengenali Allah. Ini kerana hakikat manusia itu makhluk yang lemah, fana, ada kesudahan, maka hakikat Allah bukan seperti dirinya dan sudah pasti bertentangan sama sekali.

Syair-syair Hamzah Fansuri khususnya dalam lampiran buku Tasawuf Yang Tertindas oleh Abdul Hadi Wiji Muthari, banyak mengandungi maqamat kesufian (kedudukan) yang menjadi pegangan dalam ajaran kesufian yang juga merupakan ajaran syariat Islam dan Sunnah Nabi (S.A.W). Antara maqamat yang dapat dilihat dalam syairnya adalah seperti taubat, bermujahadah (Mujahadah), mengasingkan diri untuk beribadat (khalwah dan ‘uzlah), zuhud, takut, lapar dan meninggal syahwat, khusuk dan tawaduk, tawakkal, yakin, memerhati Allah (muraqabah) melalui amalan yang saleh, penghambaan (‘ubudiyyah), istiqamah, bebas, zikir, murah hati, doa, kemiskinan (faqr), ahkam safar (perjalanan hidup), pesahabatan (suhbah), tauhid, meninggalkan dunia (al-khuruj mi al-dunya), mengenal Allah (ma‘rifah Allah), kasih sayang (mahabbah), kecintaan (syuwq), dan takwa.

Kesemua maqamat tersebut berdasarkan bukti daripada al-Qur’an dan hadis Nabi (S.A.W). Dalam kajian yang singkat ini pengkaji telah membicarakan sebahagian kecil daripada maqamat yang terdapat dalam syair Hamzah Fansuri. Kesemua maqamat tersebut adalah merupakan ajaran Islam yang cuba diketengahkan oleh Hamzah melalui kaedah syair yang difikirkan boleh menarik minat dan memberi kesan yang tersendiri. Hal ini diakui oleh Sa’id Abd al-‘Azim bahawa tasawuf pada umumnya mempunyai tiga fenomena utama yang kesemuanya digalakkan oleh al-Qur’an. Pertama, mengambil berat tentang jiwa, muraqabah, dan penyucian jiwa terhadap dosa. Kedua, memperbanyakkan zikir kepada Allah (s.w.t). Ketiga, zuhud daripada dunia tanpa terikat dan terpikat dengan kemewahannya (2007: 22).

Monday, June 22, 2009

Sheikh Ar-Raniri Lawan Hamzah Fansuri : Apa Isunya?

Diadaptasi daripada tulisan Wan Mohd Saghir Abdullah [ cucu Sheikh Daud Al Fathani]

Sebagaimana Syeikh Hamzah al-Fansuri, nama Syeikh Nuruddin ar-Raniri cukup banyak mendapat perhatian dan ditulis orang. Jauh sebelum kedatangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri ke Aceh, pada masa pemerintahan Sultan Husein (pengganti Sultan sebelumnya), yang mangkat tahun 975 H/1567 M, di Aceh telah ada seorang ulama yang digelar Syeikh Nuruddin. Mengenainya disebut dalam Hikayat Aceh. Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang diriwayatkan ini nama lengkapnya berdasarkan kepada karya-karyanya ialah Syeikh Nuruddin Muhammad ibnu 'Ali ibnu Hasanji ibnu Muhammad Hamid ar-Raniri al-Quraisyi.

Syeikh Nuruddin ar-Raniri walau pun berasal daripada keturunan Arab di India dari pihak ayahnya dan bangsa Melayu dari sebelah ibu, namun beliau lama tinggal di Pahang dan Aceh, dan banyak mengarang kitab-kitab dalam bahasa Melayu. Sebahagian besar karangannya ditujukan membantah fahaman 'Wahdatul Wujud' yang diajarkan oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i.

Banyak perkara menarik mengenai ulama ini, di antaranya kitab fikah dalam bahasa Melayu yang pertama sekali berjudul ash-Shirath al- Mustaqim adalah karya beliau. Demikian juga mengenai kitab hadis yang berjudul al-Fawaid al-Bahiyah fi al-Ahadits an-Nabawiyah atau judul lainnya Hidaya al-Habib fi at-Targhib wa at-Tarhib, adalah kitab membicarkan hadis yang pertama sekali dalam bahasa Melayu.

Hampir semua penulis menyebut bahawa Syeikh Nuruddin ar-Raniri dilahirkan di Ranir, berdekatan dengan Gujarat. Asal usul beliau ialah bangsa Arab keturunan Quraisy yang berpindah ke India. Tetapi salah seorang muridnya bernama Muhammad 'Ali atau Manshur yang digelarkan dengan Megat Sati ibnu Amir Sulaiman ibnu Sa'id Ja'far Shadiq ibnu 'Abdullah dalam karyanya Syarab al-'Arifin li Ahli al-Washilin menyebut bahawa Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah "Raniri negerinya, Syafi'ie nama mazhabnya, Bakri bangsanya." Pendidikan asasnya dipercayai diperolehnya di tempat kelahirannya Raniri atau Rander.

Raniri/Rander, sebahagian riwayat mengatakan berdekatan dengan Kota Surat, dan riwayat lain mengatakan dekat Bikanir, kedua-duanya di negeri India. Syeikh Nuruddin ar-Raniri berhasil berangkat ke Mekah dan Madinah dalam tahun 1030 H/1621 M dan di sana beliau sempat belajar kepada Syeikh Abu Hafash 'Umar bin 'Abdullah Ba Syaiban atau nama lain ulama ini ialah Saiyid 'Umar al-'Aidrus. Kepada ulama ini beliau mengambil bai'ah Thariqat Rifa'iyah. Dalam sektor Thariqat Rifa'iyah itu syeikh yang tersebut adalah murid kepada Syeikh Muhammad al-'Aidrus. Selain Thariqat Rifa'iyah, Syeikh Nuruddin ar-Raniri juga pengamal Thariqat Qadiriyah.

Kedatangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri buat pertama kalinya ke Aceh diriwayatkan dalam tahun 1577 M, tetapi ada juga ahli sejarah mencatat bahawa beliau sampai di Aceh pada tahun 1637 M. Ini bererti setahun setelah mangkatnya Sultan Iskandar Muda (memerintah dari tahun 1606 M hingga 1636 M). Syeikh Nuruddin ar-Raniri seakan-akan kedatangan pembawa satu pendapat baru, yang asing dalam masyarakat Aceh. Setiap sesuatu yang baru selalu menjadi perhatian dan pengamatan orang, sama ada pihak kawan atau pun pihak lawan. Fahaman baru yang dibawa masuk oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri itu ialah fahaman anti atau penolakan tasawuf ajaran model Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Kedua-dua ajaran ulama sufi itu adalah sesat menurut pandangan beliau.

Syeikh Nuruddin ar-Raniri mendapat tempat pada hati Sultan Iskandar Tsani, yang walaupun sebenarnya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda beliau tidak begitu diketahui oleh masyarakat luas. Oleh sebab ketegasan dan keberaniannya ditambah lagi, Syeikh Nuruddin ar-Raniri menguasai berbagai-bagai bidang ilmu agama Islam, mengakibatkan beliau sangat cepat menonjol pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Tsani itu. Akhirnya Syeikh Nuruddin ar-Raniri naik ke puncak yang tertinggi dalam kerajaan Aceh, kerana beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada sultan. Beliau memang ahli dalam bidang ilmu Mantiq (Logika) dan ilmu Balaghah (Retorika). Dalam ilmu Fikah, Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah penganut Mazhab Syafie, walaupun beliau juga ahli dalam ajaran mazhab-mazhab yang lainnya. Dari segi akidah, Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah pengikut Mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang berasal daripada Syeikh Abul Hasan al-Asy'ari dan Syeikh Abu Manshur al-Maturidi.

Pegangannya dalam tasawuf ialah beliau adalah pengikut tasawuf yang mu'tabarah dan pengamal berbagai-bagai thariqah sufiyah. Tetapi suatu perkara yang aneh, dalam bidang tasawuf beliau menghentam habis-habisan Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Walau bagaimanapun Syeikh Nuruddin ar-Raniri tidak pernah menyalahkan, bahkan menyokong Syeikh Muhyuddin ibnu 'Arabi, Abi Yazid al-Bistami, 'Abdul Karim al-Jili, Abu Manshur Husein al-Hallaj dan lain-lain.

Perkataan yang bercorak 'syathahiyat' yang keluar daripada ulama- ulama sufi yang tersebut itu tidak pernah beliau salahkan tetapi sebaliknya perkataan yang bercorak 'syathahiyat' yang berasal daripada Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i selalu ditafsirkan secara salah oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Di dalam karyanya Fath al-Mubin 'ala al-Mulhidin, Syeikh Nuruddin ar-Raniri berpendapat bahawa al-Hallaj mati syahid.

Katanya: "Dan Hallaj itu pun syahid fi sabilillah jua." Padahal jika kita teliti, sebenarnya Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i itu pegangannya tidak ubah dengan al-Hallaj. Ajaran Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i berpunca daripada ajaran Syeikh Muhyuddin ibnu 'Arabi, Syeikh Abi Yazid al-Bistami, Syeikh 'Abdul Karim al-Jili dalam satu sektor. Dan bahagian lain juga berpunca daripada ajaran Imam al-Ghazali, Syeikh Junaid al-Baghdadi dan lain-lain, adalah dipandang muktabar, sah dan betul menurut pandangan ahli tasawuf. Bahawa ajaran tasawuf telah berurat dan berakar di kalbi, bahkan telah mesra dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dari kulit hingga daging, dari tulang hingga ke sumsum pencinta-pencintanya, yang tentu saja mereka mengadakan tentangan yang spontan terhadap Syeikh Nuruddin ar-Raniri.

Bahkan kepada siapa saja yang berani menyalah-nyalahkan pegangan mereka. Pengikut-pengikut Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i menganggap kedua-dua guru mereka adalah wali Allah, yang faham terhadap pengetahuan syariat, tarekat, haqiqat dan makrifat. Mereka beranggapan, walaupun diakui bahawa Syeikh Nuruddin ar-Raniri sebagai seorang ulama besar, yang dikatakan juga telah mengetahui ilmu tasawuf, namun tasawuf yang diketahui oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri itu hanyalah tasawuf zahir belaka. Bahawa beliau hanyalah mengetahui kulit ilmu tasawuf, tetap tidak sampai kepada intipati tasawuf yang sebenar-benarnya. Bahawa beliau baru mempunyai ilmu lisan sebagai hujah belaka, tetapi belum mempunyai ilmu kalbi, yang dinamakan juga dengan ilmu yang bermanfaat. Oleh itu, wajiblah mereka membela guru mereka yang mereka sanjung tinggi itu.

Ada yang berpendapat bahawa beliau meninggal dunia di India. Pendapat lain menyebut bahawa beliau meninggal dunia di Aceh. Ahmad Daudi, menulis: "Maka tiba-tiba dan tanpa sebab-sebab yang diketahui, Syeikh Nuruddin ar-Raniri meninggalkan Serambi Mekah ini, belayar kembali ke tanah tumpah darahnya yang tercinta, Ranir untuk selama-lamanya. Peristiwa ini terjadi pada tahun 1054 H (1644 M)."

Bahawa beliau meninggal dunia pada 22 Zulhijjah 1069 H/21 September 1658 M. Tetapi Karel A. Steenbrink dalam bukunya, Mencari Tuhan Dengan Kacamata Barat berpendapat lain, bahawa hingga tahun 1644 M bererti Syeikh Nuruddin masih berada di Aceh. Menurutnya terjadi diskusi yang terlalu tajam antara beberapa kelompok pemerintah: Seorang uskup agung (ar-Raniri) di satu pihak dan beberapa hulubalang dan seorang ulama dari Sumatera Barat di pihak lain. Pihak yang anti ar-Raniri akhirnya menang, sehingga ar-Raniri dengan tergesa-gesa kembali ke Gujarat. Tulisan Karel itu barangkali ada benarnya, kerana secara tidak langsung Syeikh Nuruddin mengaku pernah kalah berdebat dengan Saiful Rijal, penyokong fahaman Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i, perkara ini beliau ceritakan dalam kitab Fath al-Mubin.

Ada pun tempat meninggalnya, H.M. Zainuddin, berbeza pendapat dengan Ahmad Daudi di atas. Menurut Zainuddin dalam Tarich Atjeh Dan Nusantara, jilid 1, bahawa terjadi pertikaian di istana, dalam perebutan itu telah terbunuh seorang ulama, Faqih Hitam yang menentang tindakan Puteri Seri Alam. Dalam pada itu Syeikh Nuruddin diculik orang, kemudian mayatnya diketemukan di Kuala Aceh. Menurut H.M. Zainuddin pula, bahawa makam Syeikh Nuruddin itu dikenal dengan makam keramat Teungku Syiahdin (Syeikh Nuruddin ar-Raniri) terletak di Kuala Aceh.

Dalam masa pemerintahan Iskandar Muda, kerajaan Aceh maju, ajaran sufi tidak menghalang kemajuan yang berasaskan Islam. Sebaliknya masa pemerintahan Iskandar Tsani, ajaran sufi dianggap sesat, ternyata kerajaan Aceh mulai menurun. Bantahan terhadap sesuatu pegangan yang pernah berkembang di dunia Islam perlulah ditangani dengan penuh kebijaksanaan. Siapa saja yang memegang urusan keislaman janganlah tersalah penilaian, sering terjadi yang benar menjadi salah, atau sebaliknya yang salah menjadi benar.

Sunday, June 21, 2009

AL-ATTAS, S. M. (1970): The mysticism of Hamzah Fansuri

This book on the mystical teachings of a Malay mystic named Hamzah Fansuri is originally a doctoral thesis submitted in May 1966 to the School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London. The thesis is published “in its original form, with the exception of a few additional footnotes and bibliographical citations, no other alterations have been made in the text of the book.”(p. ix)

Generally speaking the book presents Islamic philosophical mysticism of Hamzah Fansuri who lived in the sixteenth century A.C. in Barus on the west coast of north Sumatra. Sumatra is one of the islands in the Republic of Indonesia in the present political setting. Fansur is another named for Barus. Technically speaking the book is divided into parts, chapters, appendices and cited bibliography. Covering the first chapter up to the sixth chapter, Part One is the comprehensive presentation, exposition and commentary of Hamzah’s life, his main opponent and his mystical teachings based on his prose works and poetic verses or poems.

The first chapter presents the biography of Hamzah Fansuri, and Chapter II presents Nuruddin al-Raniri who opposed Hamzah Fansuri. Chapter III covers Hamzah’s mystical teachings and doctrines namely God’s oneness, the created things in the world, the perpetual creation, the fixed essences, the spirit and the soul or self, the divine attributes, and the meanings of extinction, gnosis and freedom in Islamic mysticism or Sufism. Chapter IV analyzes Hamzah’s concept of the divine will (God’s iradah), and semantically compares it with the Malay word hendak that means iradah in Arabic. Chapter Chapter V semantically analyzes Hamzah’s mystical key words. Chapter VI is the conclusion for the Part I.

The book Part II has six chapters and al-Attas explains that the Part II contains “An annotated Romanized Malay edition of Hamzah’s three prose works and an annotated English translation of the texts.” (p.203). The introduction for the Part II traces what has been done by the previous scholars to some of Hamzah’s works. For example, John Doorenbos of Holland worked on Hamzah’s works for his doctoral dissertation for the University of Leiden and it was later on published in 1933. Doorenbos’s published work has many problems. For al-Attas, “Doorenbos was not sufficiently familiar with the structure of the Malay language in general, and Hamzah’s individual use of it in particular, to be in a position to fulfil his task satisfactorily. This judgement is based on an examination of his edition which, in certain respects reveals much to be desired and in others is fraught with telling errors both trivial and grave.”(p. 205).

It seems that al-Attas has found some minor and grave mistakes in Doorenbos’s work on Hamzah Fansuri, and al-Attas’s work points out to those mistakes and makes corrections to those mistakes. Chapter VII is devoted to the work of Hamzah entitled Asrar al-arifin, and Chapter VIII is to his work named Sharb al-ashiqin, and Chapter IX is to his work named al-Muntahi. The titles of Hamzah’s works are written in Arabic but the texts are written in Malay of Arabic alphabets. For Chapter X, XI, and XII, they are devoted to Hamzah’s poetical works translated into English namely “The Secrets of the Gnosis”, “The drink of Lovers” and “The Adept”. There are seven appendices included in the book. The first appendix consists of short statements by Hamzah (pp. 475-477). The second, third and fourth appendices are the works of Raniri who opposed Hamzah (pp.478-489). The fifth and sixth appendices are works of Hamzah Fansuri (pp.490-526). The seventh appendix is “Alphabetical index of the semantic vocabulary in Hamzah’s mystical system”. The seventh appendix is from page 527 to 542. The last part of the book contains the cited bibliography (pp. 545-556).

Al-Attas claims that his work represents the first undertaking made “in terms of a comprehensive exposition and commentary” of the mystical ideas and teachings of Hamzah. The previous works on Hamzah’s teachings and ideas have not been so comprehensive but covered the small portions of his poetic verses. “Modern Orientalist scholars too—who have merely noticed him albeit only in connection with their bibliographical and historical interest in their notion of Malay literature— have understandably failed to recognize and evaluate positively the significant influence” of Hamzah “in the domain of the literary history of the Malays—in particular that aspect of it which bears close connection with the role of Islam in the cultural history of the Malay-Indonesian.”( p. ix). Al-Attas claim is most likely reasonable and acceptable since his work is from his doctoral thesis submitted to SOAS, the University of London. A doctoral thesis customarily and normally demands and emphasizes on the new academic contributions in the fields.

In this case, the field is the Malay Islamic philosophical mysticism as found and based on the prose and poetic works of Hamzah Fansuri. On the title page, it is stated about the author’s academic qualifications, professorship and academic positions. Academically al-Attas, the author, obtained his master degree from McGill University and his doctoral degree from the University of London. His professorship is in Malay language and literature and his academic and administrative positions are the Dean of Faculty of Arts, the National University of Malaysia, and the former Dean of the Faculty of Arts, the University of Malaya. From my viewpoint, this book is a very good academic work and its English is also very academic and fluent. It may be considered a classical work for the study of the contributions of Hamzah Fansuri in the Malay-Islamic mysticism and the Malay classical language and literature.

Satu Aspek Dari Sumbangan Hamzah Fansuri Dalam Persuratan Melayu oleh Muhammad 'Uthman El- Muhammady

Pendahuluan

Tulisan ini bertujuan untuk menumpukan perhatian kepada satu aspek sumbangan Syaikh Hamzah Fansuri yang terkenal dan agung dalam dunia melayu - semoga Allah memberi rahmat kepadanya - yaitu aspek berkenaan dengan gambarannya tentang hubungan insan dengan Tuhannya. Ini akan dilakukan dengan menumpukan perhatian kepada koleksi puisinya, terutamanya sebagaimana yang dicatitkan dalam karya mutakhir yang sangat mendalam dan penting oleh Dr Abdul Hadi W.M. berjudul “Tasawuf Yang Tertindas, Kajian Hermeneutik terhadap Karya-Karya Hamzah Fansuri”, yang berdasarkan kepada tesis Ph.D. beliau (Penerbit Paramadina, Jakarta, 2001). Buku yang pertama membicarakan kaedah hermeneutic dan ta’wil dalam pemahaman Hamzah secara meluas dan dalam buku ini banyak sekali diterangkan kedudukan yang sebenarnya tentang pemikiran Hamzah berkenaan dengan agama.

Penulis mengambil sikap ini dengan memahami bahawa kajian ini memanfaatkan kajian-kajian sebelumnya seperti yang dilakukan oleh Drewes, Brakel, Syed Naguib Al-Attas, dan Ali Hasym, dan Haji Muhammad Bukhari Lubis, juga Md Salleh Yaapar, juga penulis ini menyedari tentang kajian Haji Wan Mohd Saghir, antara lainnya.(1) Penulis ingin melihat bagaimana Syaikh Hamzah mengulas tajuk yang penting ini dalam konteks tradisi kerohanian Ahlis-Sunnah wal-jamaah, yang merupakan aliran mahzab pegangan Islam di rantau ini, walaupun terdapat kecenderungan menganggap bahawa aliran yang dibawanya bukan aliran Sunni.

Hubungan antara insan dan Tuhan boleh digarapkan dengan kita melihat gubahan puisinya yang berbicara berkenaan dengan soal-soal fahaman, amalan-amalan kerohanian, akhlak atau nilai-nilai moral-spiritual, serta lambang-lambang yang digunakan olehnya yang mengungkapkan hubungan itu, sebagaimana yang akan dilihat nanti pada tulisan seterusnya.

Berhubungan Dengan Syari’at dan Ketaatan kepadanya.

Dalam hubungan dengan kemestian taat kepada Syariat dan tidak mengabaikannya kita lihat bagaimana penyair Hamzah Fansuri rh mementingkan Syari’at, Haqiqat dan Ma’rifah.

Katanya:

Syari’at itu yogia kautaruh
Dalam Syari’at Hakikat tiada jauh
Lain daripada Syari’at akan tali sauh
Di sauh Ma’rifat sukar berlabuh (2)

Dalam bait yang lain beliau menyebut tiga rukun itu.

Katanya:

Syari’at akan katamu
Tariqat akan kerjamu
Haqiqat akan anggamu
Mangkanya sampai wahid namamu (3).

Hamzah bahkan menyebut empat rukun itu semua sekali.

katanya:

Syari’at akan tirainya
Tariqat akan bidainya
Haqiqat akan ripainya
Ma'rifat yang wasil akan isinya (4)

Kata beliau lagi:

Jika telah kauturut Syari'atnya
Mangka kaudapat asal tariqatnya
Ingat-ingat akan haqiqatnya
Supaya tahu akan Ma'rifatnya (5)

Bahkan, sesuai dengan akidah Ahlis-Sunnah, beliau menyatakan pertentangannya terhadap ittihad dan hulul (iaitu bersatu dengan Tuhan dan bermasuk-masukkan Tuhan ke dalam makhluk).

Aho segala kita umat Rasul
Tuntut ilmu haqiqat al-wusul (yaitu hakikat sampai kepada Tuhan)
Kerana ilmu itu pada Allah Kabul
I’tiqadmu jangan ittihad dan hulul (6)

Tentang kemestian beramal dengan Syari’at bagi mereka yang beramal dengan ma’rifat.

kata beliau:

Aho segala kita anak Adam
Jangan lupa akan Syahi Alam
Pada bahr al-dhunub (atau lautan dosa-dosa) jangan terkaram
Supaya ‘asyiq (yaitu dengan Tuhan) siang dan malam

‘Asyiq itu jangan bercawang (terpecah-pecah kepada perkara lain lagi)
Meninggalkan dunia jangan kepalang
Suluh Muhammad yogya kau pasang
Pada Rabb al-‘alamin supaya kau datang

Syari’at Muhammad terlalu ‘amiq (yaitu dalam)
Cahaya nya terang di Bait al-‘Atiq
Tandanya ghalib lagi sempurna tariq
Banyaklah kafir menjadi rafiq (atau teman rapat kerana tertarik kepadanya dan membawa iman)

Bait al-‘Atiq itulah bernama ka’bah
Ibadat di dalamnya tiada berhelah
Tempatnya ma’lum di Tanah Mekah
Akan kiblat Islam menyembah Allah.

(J IV, 1-4)(7)


Seterusnya ialah:

Aho segala kita yang membawa iman
Jangan berwaqtu mengaji Qur’an
Halal dan haram terlalu bayan
Jalan kepada Tuhan dalamnya ‘iyan

Qur’an itu ambilkan dalil
Pada mizan Allah supaya thaqil (yakni berat timbangan amal)
Jika kau ambilkan syari’at akal wakil (dengan menyerak kepada Ajarannya)
Pada kedua ‘alam engkaulah jamil (yakni cantik, selamat)

Kerjakan salah lagi dan sa’im
Indah ma’na bernama qa’im
Pada segala malam kurangkan na’im
Menafikan ‘alam kerjakan da’im

(Abdul Hadi W.M. op.cit. Hlm 357 dalam IV.44-48).

Pada penulis catitan ini kalau dalam pernyataan penyairnya terdapat sebutan tentang aliran Ahlis-Sunnah, maka itu tidak menjadi masaalah, bukan ganjil, bahkan patut dan wajar, sebab tentulah Hamzah tahu bahawa ajaran yang sebenarnya, yang diijma’kan umat ialah Ahlis-Sunnah Wal-jamaah, bukannya ajaran-ajaran yang selain daripadanya. Bait-bait itu ialah:

Ingat-ingat kau mengenal Allah
Supaya jangan beroleh lelah
Tujuh puluh i’tiqad yang salah
Menjadi kafir na’udhu bi’Llah

Ayohai taulan segala saudara
Fikirkan olehmu dengan bicara
Supaya patut pada kiranya
Amal Syari’at kita pelihara

Segala saudara yang bijaksana
Dengarkan pesan faqir yang hina
Ahl al-Sunnah I’tiqad yang sempurna
Sekelian Islam berhimpun di sana (8).

Dalam hubungan dengan amalan sembahyang katanya:

Sembahyang fardhu terlalu ghali (yakni mahal harganya)
Jika tinggal amal menjadi ‘asi (ahli derhaka kepada Tuhan)
Pada orang itu Allah tiada radhi (tidak redha)
Menjadi fasiq di Hadhrat al-Qahhari (Tuhan Yang Bersifat Dengan al-Qahhar)

Sembahyang Ahmad (yaitu Nabi Muhammad) pada Allah fa’iq (yakni paling tinggi)
Barang memakai dia sempurna ‘asyiq
Barang meninggalkan dia menjadi fasiq
Seperti dosa zani (orang berzina) dan sariq (pencuri)

Sembahyang itu ‘amal yang kamil
Pada ihram sembahyang terlalu wasil
Meninggalkan sembahyang menjadi jahil
Pada Allah Ta’ala kerjanya batil

(bahagian daripada L XXI) (9)

Dalam sajaknya J IV, 6 dan Q 42:32, dan dalam J IV, 6, beliau menulis:

Kerjakan salat lagi dan sa’im (berpuasa)
Itulah ma’na bernama qa’im (mendirikan agama sebenarnya)
Pada sekelian malam kurangkan na’im (tidur)
Menafikan alam kerjakan da’im (berkekalan dalam ibadat dan Taat kepada Allah). (10)

Berkenaan dengan kemestian mengikut Kalam Tuhan, hadith nabi, dan mengenalnya dengan aqidah yang betul (sebagaimana yang ada dalam Ahlis-Sunnah),

katanya:

Aho segala kita yang bernama Islam
Yogia diturut Hadith dan Kalam (yakni Qur’an)
Kerana Firman Allah dalamnya tamam (yakni sempurna)
Mengatakan dari Tuhan tiada bermaqam (yakni tiada bertempat)

Kalam itu datangnya dari Ma’syuq (yakni Yang Dicintai)
Mengatakan dirinya la tahta wa la fauq (yakni tidak di bawah dan tidak di atas, yakni tidak berpihak)
Jangan dii’tiqadkan seperti makhluq (yakni mukhalafatuhu Lil-hawadith dalam usul al-din Sunni)
Supaya dakhil (yakni termasuk) engkau pada ahl al-dhauq (yakni Mereka yang mempunyai ‘rasa’ atau pengalaman Rohani yang sebenar, bukan hanya kata-kata)

DhatNya itu tiada berkiri kanan
Zuhurnya da’im (yakni kekal) tiada berkesudahan
Tiada berjihat (yakni berpihak) belakang dan hadapan
Di manakah dapat manzil (tempat) kau adakan

Tuhan kita yang bersifat Hayat
Terlalu suci dari sittu jihat (yakni enam pihak: atas, bawah, kiri kanan, belakang hadapan)
Jika tiada engkau tahu akan haqiqat sifat
Manakan dapat olehmu ma’rifat Zat (yakni mengenal Zat Tuhan)

Mengadap Tuhan yogya dengan sopan (yakni adab yang halus dan betul segi rohaninya)
Buangkan sekelian rupa yang bukan
Jangan kau muhtajkan akan bintang tujuan (yakni niat ibadat tidak ikhlas, tetapi kerana tujuan yang rendah)
Supaya wasil (yakni sampai) adamu dengan Tuhan (yakni bila ikhlas baharu sampai kepada Tuhan) (11)

Pada penulis, jelas Syaikh Hamzah rh beraqidah Ahlis-Sunnah wal-Jamaah dan bukan “pantheist” dalam erti falsafah yang terkenal itu. Tentang mengaji Qur’an, menjaga yang fardhu dan sunat, menjaga sembahyang lima waktu, menjaga sunnah Nabi, jangan engkarkan ulama, beliau antaranya menyatakan:

Aho segala kita yang bernama insan
Jangan taqsir mengaji Qur’an
Kerana di sana sekelian firman
Menyatakan di dalamnya ‘iyan

Fardhu dan sunnah yogya kau pakai
Akan lima waktu jangan kau lalai
Halal dan haram faraqkan bapai
Itulah amal yang tiada berbagai

Sunnah Muhammad terlalu ‘azim
Barang memakai dia bernama salim (yakni sejahtera)
Kerana Rasul Allah sempurna hakim
Menunjukkan jalan ke jannat al-na’im

Syari’at itu ambilkan qandil (yakni pelita, lampu)
Supaya engkau menjadi khalil (yakni rapat dengan Tuhan)
Kerana ia datang dari Rabb al-Jalil
Menyatakan Allah dan haqiqat sabil (yakni jalan yang lurus)

Syari’atnya itu terlalu ghalib
Minal masyriq wa ilal maghrib
Kafir dan musyriq sekelian ta’ib
Pada mulutnya da’im mungkirnya gha’ib

Barangsiapa mungkir dari ustaz
Menjadi kafir, thaghau fi al-bilad (yakni melakukan kerja kerosakan melampau di muka bumi)
Fa akhtharu fi hal-fasad (maka banyaklah kerja kerosakan yang dilakukannya)
Seperti kaum Thamud lagi dan ‘Ad (12)

Dalam VIII. 51-53 beliau menyatakan:

Aho segala kamu yang ghafilin (yakni yang lalai)
Yogya diketahui akan haqiqat al-wasilin (yakni mereka yang sebenarnya sampai kepada pengenalan Tuhan )
Kerana haqiqat itu pakaian ‘arifin (yakni yang mencapai ma’rifat)
Menentukan jalan sekelian ‘asyiqin (yakni yang ‘asyiq kepada Tuhan).

Haqiqat itu terlalu kamil
Barangsiapa tiada menuntut dia terlalu jahil
Dari haqiqat itu jangan kau ghafil (yakni jangan lalai)
Supaya dapat da’im beroleh wasil

Nabi Allah itu bangsanya Hasyim
Mendirikan din salat dan sa’im
Dari sekelian anbiya’ ialah hakim
Muta’abatan nabi itulah fardhu yang lazim

Syahadat dan salat ‘amal yang ‘azim
Puasa dan zakat hajj bi al-ta’zim
Inilah fardhu pada sekelian salim
Supaya dapat ke dalam jannat al-na’im

Fardhu dan sunnat segera kerjakan
Itulah ‘amal yang menerangkan jalan
Barang yang haram jangan kau makan
Supaya suci nyawa dan badan.

Barang siapa kasih akan yang haram
Tempatnya jahannam siksanya dawam (yakni kekal)
Kata ini dari hadith dan kalam
Yang haram itu ba’id (yakni jauh) dari dar al-Salam (yakni Syorga)

Barang siapa tiada mandi junub
Menjadi ‘asi pada ‘alam al-ghuyub
Pada ahl al-ma’rifat terlalu ‘uyub (terlalu ‘aib)
Manakan sampai marghub al-qulub (yang diinginkan hati). (13)

Demikianlah seterusnya penyair ini-Allah memberi rahmat kepadanya - menyebut tentang buruknya ma’siat, adanya hisab amalan manusia, alam ini ialah yang selain daripada Allah, bukan dikatakannya alam ini Tuhan-keperluan kepada taubat nasuha (dalam X.55-57), keburukan bersubahat dengan amir dan raja (yang zalim dalam kezalimannya), keperluan kepada tawakkal, keburukan ma’siat zina dan mencuri (dalam XI.57-59)(14). Demikian seterusnya.

Ringkasnya jelas dari kutipan-kutipan puisinya di atas bahawa penyair ini beri’tiqad Ahl al-Sunnah wal-jam’ah dan konsep dan ajaran ibadatnya serta nilai-nilai kerohanian yang dianjurkannya ialah bersesuaian dengan apa yang diajarkan dalam tradisi kerohanian Ahlis-Sunnah wal-Jamaah. Perlambangan yang digunakan oleh Hamzah Fansuri dalam mengungkapkan hubungan insan dan alam dengan Tuhan.

Sekarang kita sampai kepada bahagian pembicaraan berkenaan dengan perlambangan (isyarat dan bandingan, termasuk keperluan kepada ta’wil) yang ada dalam puisi beliau dalam pengungkapannya tentang hubungan insan dengan Tuhan. (15). Hamzah Fansuri menggunakan istilah “anak dagang” untuk manusia dalam hubungan dengan keadaan hidupnya dan usahanya mencari kebahagiaan dan pertemuan dengan Tuhannya. (16)."Anak dagang” itu ialah terjemahannya untuk “gharib” yang terkandung dalam hadith sahih “Hendaklah engkau berada dalam dunia seperti orang yang melintasi jalan (dalam perjalanan ke matlamat yang kekal sebab dunia ini tidak kekal …”) Antara lambang-lambang yang digunakan oleh beliau ialah laut.

Katanya:

Dengarkan sini hai anak ratu
Ombak dan air asalnya Satu
Seperti manikam muhit dan batu
Inilah tamsil engkau dan ratu (17).

Di sini penyair memisalkan para makhluk sebagai ombak dan Tuhan sebagai air (kata Muhammad Bukhari Lubis, bandingan yang sama digunakan oleh Ibn ‘Arabi dan Bidil) (18); ombak asalnya daripada air, kekal dengan air, dan kembali kepada air, yang melambangkan hubungan yang tidak boleh putus antara para makhluk dan Wujud serta Zat Tuhan. Penulis kertas ini hendak mengingatkan bahawa tetapi lambang ini hendaklah jangan membawa kepada fahaman bahawa Zat Tuhan bersambung dengan zat makhluk sebagaimana zat ombak bersambung dengan zat air; sebab Hamzah telah menyatakan bahawa tidak ada yang menyamai Tuhan; misal itu adalah untuk menunjukkan bagaimana tergantungnya secara mutklak wujud makhluk dengan wujud Tuhan, tidak terbebas daripadanya, sebab wujud makhluk adalah wujud mumkin, bukan wujud yang wajib al-wujud; yang wajib al-wujud hanya Tuhan.

Pemahaman yang menyimpulkan alam itu Tuhan daripada misal ini adalah fahaman yang tersilap, yang tidak, mengambil kira keseluruhan puisi dan tulisan Hamzah Fansuri. (Lihat nota 11 dan pembicaraan yang berkaitan). Dalam puisi di atas juga penyair memisalkan para makhluk dengan batu dan wujud Allah dan zatNya sebagai manikam yang mencerahkan batu itu; maka sebagaimana batu itu tidak sunyi daripada kegemerlapan manikamnya, maka demikian pula wujud makhluk tidak terpisah daripada wujud Tuhan (sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis ini kerana wujud makhluk adalah wujud yang mumkin dan wujud Allah adalah wajib al-wujud). Misal perbandingan atau lambang ini bukannya zat makhluk dan Zat Tuhan bersambung sebagaimana zat batu dan “zat” manikam itu bersambung. Lagi pula, pada penulis ini, yang dinyatakan oleh penyair ini ialah penyaksian kerohanian dan akal mereka yang mengalami yang demikian ini yang dimaksudkan, bukannya makna literal daripada kenyataan yang dilafazkan itu.


Hubungan antara wujud alam dan Tuhan juga dilambangkan seperti berikut:

Pertama missal emas dan asyrafi
Keduanya bulan dan matahari
Jami’ al-amthal ombak dan laut
Keduanya itu sedia bertaut

Batinnya nyiur zahirnya sabut
Itu tamsil ketiganya patut
Haqa’iq al-ashya’ itu juga diketahui
Beroleh asma’ dan i’tibari (19).

Selain dari itu beliau menggunakan lambang laut untuk memaksudkan Hakikat Ketuhanan Yang Mutlak.

Katanya:

Laut itulah yang bernama Ahad
Terlalu lengkap pada ashya’ Samad
Olehnya itulah lam yalid wa lam yulad
Wa lam yakun lahu kufuwan ahad (20)

Seterusnya, katanya:

Engkaulah Laut yang Maha ‘Ali
Akan cermin Tuhan Yang Baqi
Tukarkan keruh dengan Safi
Supaya wasil dengan Rabbani

Tuntutlah Laut Yang Baqi
Tinggalkan wujud yang fani
Sauhmu ikatkan tali
Labuhkan Da’im di Laut Safi (21)

Ombaknya zahir Lautnya Batin
Keduanya wahid tiada berlain
Menjadi taufan hujan dan angin
Wahidnya juga harakat dan sakin (22).

Jika terkenal dirimu bapai
Engkau Laut yang tiada berbagai
Ombak dan Laut tiada bercerai
Mushahadahmu sana jangan kau lalai

‘Mutu qabla an tamutu’ (23)
Pada ‘la ilaha illa Hu’
Laut dan ombak sedia Satu
Itulah ‘arif da’im bertemu (24)

Hamzah Fansuri memberi lagi lambang laut dan ia sendiri memberi komentar tentangnya.

Katanya:

Tuhan kita itu seperti Bahr al-‘Amiq (lit. “Laut Yang Dalam”)
Ombaknya penuh pada sekelian tariq
Laut dan ombak keduanya rafiq
Akhirnya ke dalamnya jua ombaknya ghariq (yakni tenggelam). (25).

Dalam mensyarahkannya Hamzah sendiri memberi penerangan bahawa Tuhan seperti Laut . Dalam itu maksudnya ialah zat Tuhan itu dimisalkan seperti laut yang dalam-tanpa dasarnya-kerana kunh Zat atau hakikat Zat itu tidak boleh dimasuki oleh faham manusia. Hanya kesediaan-kesediaannya sahaja yang dimisalkan dengan Laut dalam ini; dengan itu maka Nabi s.a.w. bersabda maksudnya “Subhanaka ma ‘arafnaka haqqa ma’rifatik”, Maka Suci Engkau ya Tuhan, kami tidak mengenalMu dengan ma’rifat yang sebenarnya mengikut Ilmu-Mu. Kerana itulah maka (Kunh Zat) itu dimisalkan sebagai laut 'yang dalam', tanpa batasan dan tanpa akhirnya. Kalau ia ada batasan-batasan atau had dalamnya, atau ada mula dan akhirnya, maka itu makhluk pula. Tetapi nisbah bagi Tuhan, yang demikian itu bukan termasuk sifat-sifatNya.

Tentang ombakNya penuh pada semua tariq, itu memaksudkan bahawa (ombaknya) itu melimpahi setiap pihak; apa yang kita lihat, samada ada yang lahir atau atau secara batin, semua akan hilang, semuanya seolah-olah ombak. Laut itu tidak berpisah daripada ombaknya, dan ombaknya pula tidak terpisah daripada lautnya. Demikian pula Tuhan kita Yang Maha Hebat dan Maha Tinggi tidak “terpisah” daripada dunia; tetapi Ia bukan di “dalam”nya dan bukan pula di “luar”nya. Juga bukan di “atas” dan bukan di “bawah”, juga bukan di “kanan” dan bukan di “kiri” bukan pula di “hadapan” dan di “belakang”nya. Bukan “terpisah” daripadanya dan bukan pula “terhubung” dengannya, tidak “hampir” dengannya juga bukan “jauh”daripadanya. Kemudian beliau menukil dari “Lama’at”, yang terjemahannya

People call it waves, but in realitry it was the sea.For the sea and waves are not ‘separate’

Dalam membicarakan perlambangan Laut, dan maksudnya, serta hubungannya pula dengan alam Lahut, sebagaimana yang digunakan dalam karangan Hamzah Fansuri, Abdul Hadi W.M. membuat beberapa kesimpulan yang penting,

katanya:

Tamsil laut (‘bahr’) merupakan tamsil besar dan dominan (selain daripada tamsil kekasih dan anggur) di dalam syair-syair Syaikh Hamzah Fansuri.

Penggunaan tamsil laut dapat dikelompokkan menjadi tiga jenis:
  1. Tamsil laut digunakan untuk menggambarkan perjalanan seorang ahli suluk menuju Yang Satu. Penggunaan tamsil laut untuk tujuan ini dilengkapi dengan penggunaan tamsil-tamsil yang berkaitan dunia pelayaran dan alam di atas permukaan laut seperti perahu, geladak kapal atau ‘markab’, ombak garang, batu karang, Bandar tauhid dan lain-lain. Susunan ajaran agama yang terdiri dari syari’at, tarekat, hakekat dan makrifat diberi tamsil bahagian-bahagian atau isi kapal seperti lunas, papan, muatan dan labanya, tamsil perahu, seperti juga tamsil kayu, digunakan beberapa kali untuk memberi kias terhadap diri jasmani manusia yang sedang berlayar menuju diri ruhaninya.
  2. Tamsil laut digunakan untuk memaparkan ajaran metafisika sufi tentang peringkat-peringkat atau hirarki wujud dan kenyataan secara simbolik. Laut adalah kias terhadap keesaan, ketidakterhinggaan, infiniti dan kemutlakan Wujud Tuhan dan pengetahuan-Nya. Ikatan-ikatan yang menggunakan tamsil ikan tongkol, gajahmina, ikan pari dan ikan ‘ahmaq’ yang mencari air hayat termasuk ke dalam kategori ini.
  3. Tamsil laut digunakan untuk menggambarkan pertemuan dua lautan (‘bahrayn’), yaitu lautan ada dan tiada, kewujudan dan ketidakwujudan.
Seterusnya beliau menyatakan:

“Penggunaan tamsil laut berkaitan ajaran metafisika sufi pada mulanya diperkenalkan oleh ibn ‘Arabi. Pengetahuan Tuhan pada tahap ‘ta’ayyun awwal’ dilambangkan sebagai laut (‘bahr’) kerana keluasan, ketidakterhinggaan, infiniti dan keesaan-Nya…” (26)

Berkenaan dengan laut dan alam lahut,

katanya:

‘Bahr al-Butun’ tiada bermula
Ombaknya ‘makhfi’ tiada bernama
Olehnya ‘Ahad’ belum terbuka
Adanya ‘quddus’ suatu juga

‘Kuntu kanzan’ mulanya nyata (26a)
Haqiqat ombak di sana ada
Adanya itu tiada bernama
Majnun dan Layla ada di sana

Zat dan Sifat bersama-sama
Keduanya itu tiada berantara
Datang tawfan ombaknya nyata
Pada ‘kun fa yakun’ bangatlah kata
(J XXII,1-3)(27).

Abdul Hadi menerangkan bahawa bahr al-butun, laut yang dalam, itu ialah Wujud Tuhan dan Ilmu-Nya. Ombaknya adalah manifestasi Ilmu-Nya yang tidak terhingga. Kerana perbendaharaan (‘kanz’)-Nya masih tersembunyi “makhfi” maka ombak belum bernama dan belum nyata kerana belum memaklumkan pengetahuan-Nya, maka keesaan-Nya (‘Ahad’)-Nya belum terbuka.

Ketika itu yang dicintai dan pencinta sudah ada. Di alam laut ini Pencinta ialah Tuhan Sendiri dan yang dicintai ialah Perbendaharaan yang tersembunyi. Di alam nasut atau alam kemanusiaan, Pencinta adalah hamba-Nya dan Kekasih-Nya adalah Dia…(28).(28a) Antaranya ialah lambang atau tamsil asyik-ma’syuk, burung, dan lainnya yang dihuraikan dengan mendetailnya oleh Abdul Hadi dalam teks tersebut.

Nuru al-Din al-Raniri menyerang ajaran Hamzah dan menganggapnya zindik. Antara tuduhan-tuduhan pokoknya ialah:
  1. Beliau dituduhkan mempunyai fahaman alam adalah Tuhan, dan ini kekufuran.
  2. Para sufi yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat demikian berada dalam keadaan mabuk kerohanian (walhal Hamzah bukan demikian).
  3. Golongan ulama sufiah yang wujudiah itu percaya bahawa masuknya mereka dalam keadaan demikian membebaskan mereka daripada Syariat.
  4. Dalam hal ini mereka yang berpegang kepada wujudiah itu tersilap, kerana semua Muslimin wajib melakukan amalan-amalan yang wajib dalam semua keadaan.
  5. Mereka yang terus menerus dalam perjalanan kufur demikian dan yang tidak mempedulikan amaran-amaran (pihak yang berwajib) mesti dibunuh dan dibakar. (29).
Abdul Hadi W.M. merumuskan penentangan itu dalam beberapa perkara:
  1. Hamzah fansuri sesat kerana berpendapat alam, manusia dan Tuhan sama sahaja.
  2. Faham wujudiah Hamzah Fansuri sama sahaja dengan panteisme kerana dia melihat Tuhan sepenuhnya immanen (‘tasybih’), padahal Tuhan transenden (‘tanzih’).
  3. Hamzah Fansuri dan Syamsu al-Din Pasai sama seperti golongan falsafah melihat Qur’an itu makhluk.
  4. Hamzah Fansuri percaya bahawa alam itu qadim atau abadi.
  5. Dituduh bahawa Hamzah mengemukakan kata-kata ‘syatahiyyat’ seperti al-hallaj dan Bayazid dalam keadaan mabuk, tapi Hamzah bukan demikian. (30).
Pada penulis ini nampaknya tuduhan-tuduhan itu timbul daripada silap faham tentang puisi dan tulisan Hamzah, antaranya kerana tidak meneliti dengan cermat isi kandungannya yang sebenarnya, dan kerana tidak mengambil kira penafsiran ta’wil sebagaimana sewajarnya. Kalau Hamzah menyebut tentang orang arif memandang alam dan manusia sebagai cermin kepada sifat-sifat Tuhan, maka itu adalah pengalaman kerohanian mereka, itu bukan aqidah. Tentang aqidah jelas bahawa Hamzah melihat Tuhan lain, manusia lain, alam lain. Ini boleh dirujuk kepada kenyataan-kenyataannya tentang perkara tersebut.

Tuduhan beliau itu berpegang kepada panteisme, itu juga tidak tepat, kerana panteisme adalah faham serba-Tuhan, juzuk-juzuk alam adalah Tuhan, dan difaham sebagai falsafah, walhal itu bukan dimaksudkan oleh Hamzah. (30a) Hamzah menerima Qur’an sebagai Kalam Ilahi, daripada KalamNya. Mungkin dalam hal ini tuduhan sesat terhadap ibn ‘Arabi boleh dipandang sebagai fenomena yang berkenaan, apa lagi bila dilihat bahawa Hamzah memang sangat terpengaruh dengannya. Sikap kita dalam hubungan dengan syaikh-syaikh sufiah–Allah memberi rahmat kepada mereka—kalau nampaknya ada apa-apa yang bercanggah dengan ilmu zahir, ada beberapa kemungkinan yang kita boleh faham daripadanya. (31)

Kita tidak anggapkan pendapat yang dinisbahkan salah pada mereka sebagai tepat, melainkan sehingga ditetapkan dengan teguhnya bahawa itu memang benar-benar daripada mereka dan bukan salah faham pihak yang menentang terhadap mereka.

Selepas dibuktikan secara autentik dan sahih bahawa itu daripada mereka, maka kita anggap itu ada maksudnya yang bersifat isyari atau yang memerlukan kepada ta’wilan; kalau tidak maka patutlah seseorang itu membuat kenyataan: Mungkin ia ada mempunyai maksud simbolis bagi mereka yang mempunyai ilmu kerohanian, dan para ‘arifin yang mempunyai ma’rifat terhadap Allah. Mungkin kenyataan-kenyataan itu datang daripada mereka dalam keadaan ‘mabuk kerohanian’ dan orang yang berada dalam keadaan demikian - selama dalam keadaan itu - ia tidak diambil salah oleh Syariat.

Selepas daripada memerhatikan kemungkinan-kemungkinan ini dan mengambil kira tentangnya, kalau seseorang itu masih lagi mempunyai pandangan yang jahat terhadap mereka yang berkenaan, maka alamatnya orang yang demikian akan binasa rohaninya. Allahumma sallimna. Antara para ulama yang mempunyai pendirian yang baik dan tinggi terhadap ibn ‘Arabi rd ialah mereka seperti: Al-Suyuti dan apa yang dilaporkannya dari al-Munawi, yang disuarakan oleh al-Safadi tentang beliau orang agung, kata-katanya paling baik, apa-apa yang sulit kita memahaminya kita serahkan kepada Allah.

Al-Qari dalam fatwanya tentang Ibn ‘Arabi mengakui bahawa jalan yang paling selamat dalam agama berkenaan dengan peribadi seperti ibn ‘Arabi ialah kita diam, kerana ulama berlainan pendapat tentangnya.

Ulama hadith Ibn al-Najjar (men. 643) menulis dalam kitab berkenaan dengan riwayatnya:

Saya bertemu dengan beliau di Damsyik dan mencatit setengah daripada puisinya. Alangkah hebatnya beliau sebagai syaikh. Antaranya ialah al-Baiudawi rh ahli tafsir itu menyatakan: Ia imam tahqiq tentang hakikat dan juga pada zahirnya. Antaranya ahli tafsir Abu al-Su’ud; Imam al-safadi, pengarang “al-wafi bi al-Wafayat”; Zain al-Din al-Khafi al-Akbar Abadi; Ibn Imad al-Hanbali yang memanggilnya al-‘arif al-kabir; Kamal al-Din ‘Abd al-Wahid ibn ‘Abd al-Karim ibn al-Zamalkani (men. 651) yang menyebutnya sebagai “lautan yang penuh dengan pelbagai jenis ilmu-ilmu ilahiah”; safi al-Din al-Azdi al-Ansari dalam risalahnya kepada ulama zamannya; Syaikh Jalal al-Din al-Dawwani (men. 907; Majd al-Din al-Syirazi al-Siddiqi, dalam fatwanya al-Ightibat bi Mu’alaja ibn al-Khayyat; Sayyid al-Jurjani dalam “al-ta’rifat”nya ada istilah-istilah sufiah ibn ‘Arabi; al-Firuzabadi, yang dalam syarah al-Bukharinya karap menyebut pendapat-pendapat ibn ‘Arabi; Murtada al-zabidi, menukil ibn ‘Arabi dalam syarah Ihya’ ‘Ulumid-Dinnya; Imam al-yafi’I yang menyebut dalam Tarikhnya beliau sebagai peribadi yang sempurna dalam ilmu dan faham zahir dan batin; Qadhi Syams al-Din al-Bisati al-Maliki, yang menentang pendapat mengkafirkan ibn ‘Arabi oleh ‘Ala’ al-Din al-Bukhari, di hadapan Sultan, dalam kehadhiran ibn Hajar;Syaikh al-islam Siraj al-Din al-Makhzumi yang menyatakan bahawa syaikhnya Siraj al-Din al-Bulqini dan juga taqi al-Din al-Subki mengkritik ibn ‘Arabi awal mulanya, kemudian mengubah pendiriannya bila menyedari apa maksudnya; al-Bulqini dilaporkan oleh seorang daripada penuntutnya bahawa ia berkata: “… Bahkan beliau seorang daripada imam yang teragung dan termasuk dalam kalangan mereka yang menyelidiki lautan ilmu Kitab dan Sunnah”; Syaikh Zakariya al-Ansari dalam bab murtad dalam kitabnya Syarah al-Rawd fi al-Fiqh wa al-fatwa; Syaikh ibn Hajar al-Haitami dalam al-fatawa al-hadithiyyahnya; Imam Syams al-Din Muhammad al-Bakri; muhaddith dan mufassir Isma’il Haqqi dalam al-Khitab; katib Celebi, ulama Uthmaniyah, dalam Mizan al-haqq fi Ikhtiyar al-Ahaqq; Syaikh Mulla Jami dalam Nafahat al-Uns; muhaddith Damsyik, Syaikh Badr al-Din al-hasani; Sayyid Jamal al-Din al-Qasimi dalam qawa’id al-tahdith; Syaikh al-Islam al-Munawi yang menukil pendapat beliau lebih dua ratus kali Faid al-Qadir syarah Jami’ al-Saghir; Imam al-Nawawi yang memberi fatwa tentang ibn’Arabi lalu dijawabnya dengan ayat Qur’an yang bermaksud “Mereka itu orang-orang yang telah berlalu. Bagi mereka apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu apa yang kamu usahakan. Dan kamu tidak akan ditanya tentang apa yang biasa mereka lakukan.”(2.134). Syaikh Ahmad zarruq melaporkan dari syaikhnya al-Nuri kata-kata: “Ulama berbeza pendapat tentangnya daripada pendapat kufur kepada pendapat yang beliau itu darjatnya wali qutub, dan memenangkan pendapat yang baik adalah satu kewajipan…”

Tentang tuduhan sesat kerana “wahdat al-wujud” ibn ‘Arabi, maka dinukil oleh GF Haddad huraian al-Buti:

Apakah maksudnya “kesatuan pandangan”? Bila saya berinteraksi dengan asbab dengan penghormatan sepenuhnya tentang aturan-aturan Allah, perintah-perintahNya, dan SyariatNya, dengan menyedari bahawa rezeki yang datang kepada saya adalah dari Allah; kebahagiaan yang masuk ke dalam rumah saya adalah dari Allah; makanan saya disediakan oleh Allah; -maksudnya walaupun detail-detail yang sehalus-halusnya; harta kekayaan yang dikurniakan kepada saya datang dari Allah; kesakitan yang berlaku pada wujud diri saya atau pada kerabat dekat saya datang dari Allah Yang Maha Kuasa; penyembuhannya datang dari Allah; kejayaan saya dalam pengajian adalah dengan izin Allah; keputusan-keputusan pengajian selepas mendapat ijazah dan seterusnya, adalah daripada kurnia Allah—bilamana keberkesanan asbabnya mencair dan menjadi hilang pada pandangan saya dan saya tidak lagi melihat, disebaliknya, selain daripada Penyebab Yang Ianya adalah Allah Yang Maha Kuasa: pada masa itu bila anda melihat ke kanan, anda tidak melihat melainkan sifat-sifat Allah, bila anda melihat ke kiri, anda tidak melihat selain daripada sifat-sifat Allah. Sebanyak mana anda terlibat dalam alam asbab, anda tidak melihat, melaluinya, selain daripada Penyebab, Ianya Allah.

Pada saat itu anda menjadi terangkat pandangan kepada apa yang syaikh-syaikh kerohanian menyebutnya sebagai kesatuan pandangan. Kesatuan pandangan itulah yang diungkapkan oleh Rasulullah salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dengan istilah ihsan (yang ditakrifkan olehnya sebagai bermaksud): ‘Bahawa anda menyembahNya seolah-olah anda melihat-Nya. Anda tidak melihat sebab-sebab sebagai penghalang-penghalang antara anda dan Allah. Bahkan anda melihat sebab –sebab itu, dalam konteks ajaran ini, (atau pengalaman rohani seperti ini ) sangat-sangat bersifat seperti kaca yang lutsinar (transparen): glas atau kaca itu ada-tidak siapapun yang menafikannya, tetapi sejauh mana anda melihat kepadanya, anda tidak melihat apa-apa, melainkan apa yang disebaliknya. Tidakkah demikian halnya? Anda melihat hanya apa yang ada disebaliknya. Alam ini seluruhnya terdiri daripada keping-keping kaca dalam cara demikian ini. Anda melihat di dalam semua itu keberkesanan (tindakan) Allah dalam kekekalannya, dengan itu anda sentiasa bersama dengan Allah. Tidak ada orang yang mengecapi kemanisan iman melainkan ia mencapai paras pemandangan demikian itu. (GF Haddad, sumber sama).

Penulis kertas ini memerhatikan kritikan terhadap ibn ‘Arabi rd tidak memberi perhatian kepada akidahnya yang sebenarnya sebagaimana yang ada dalam jilid I “al-Futuhatnya”, yang terjemahannya ialah seperti berikut (32)

“Wahai saudara-saudaraku orang-orang yang beriman - moga-moga Allah khatamkan hidup anda dan kami dengan kebaikan-bila saya mendengar firman Allah berkenaan dengan nabi-Nya, Hud, alaihis-salam berkata kepada kaumnya yang menganggapnya bohong dan juga risalahnya, ‘wahai saudara-saudaraku aku menyeru Allah menjadi saksi dan juga kamu menjadi saksi bahawa aku sunyi daripada apa yang kamu syirikkan denganNya’ (11.54) (maka saya dapati) baginda menyeru kaumnya untuk menjadi saksi dalam hubungan dengan dirinya, walaupun mereka membohonginya, tentang terlepasnya baginda daripada kesyirikan terhadap Allah, dan tentang baginda itu berikrar tentang keEsaan-Nya, dan kerana ia mengetahui bahawa Allah Yang Maha Agung dan Tinggi akan menyeru para hamba-Nya di Hadapan HadhratNya dan akan menyoal mereka tentang apa yang Ia sudah mengetahuinya, samada untuk membenarkan mereka atau untuk mendirikan hujjah menentang mereka, sehingga setiap saksi memberi penyaksiannya

Dan bila diriwayatkan bahawa setiap orang azan disaksikan oleh setiap Makhluk yang hidup dan yang tidak hidup sejauh mana sampai suaraNya, dan oleh setiap orang yang mendengarnya, dan dengan itu ‘maka Syaitan lari bila diserukan azan, sambil terkentut-kentut’ sehingga ia tidak mendengar seruan azan itu, dengan itu maka (kalau ia mendengarnya) wajib ia menjadi saksi baginya, maka dengan penyaksian itu ia termasuk menjadi seorang daripada mereka yang menjadi saksi bagi keselamatan dan kebahagian orang yang diberikan penyaksiannya, walhal ia adalah seteru yang sehabis-habisnya, dan ia tidak ada sebesar zarahpun kebaikan untuk kita, Allah mela’natnya!

Sekarang, kalaulah seteru itu sendiripun mesti menjadi saksi bagi anda, berhubungan dengan apa yang anda minta ia menjadi saksinya, tentang diri anda, maka lebih-lebih lagilah tentunya kawan anda dan orang yang kasihkan anda mesti menjadi saksi untuk anda kerana ia itu berkongsi dengan anda dalam agama dan ia ahli umat anda, dan sudah lebih tentulah bahawa anda sendiri mesti menjadi saksi, dalam dunia ini, untuk diri anda sendiri tentang keEsaan Tuhan dan keimanan (terhadapNya).

Syahadah Yang Pertama Dalam Keimanan

Maka wahai saudara-saudaraku, wahai mereka yang aku kasihi mudah-mudahan Allah redha terhadap anda—seorang hamba Allah yang lemah meminta anda menjadi saksi, hamba yang berhajat dan bergantung sehabis-habisnya kepada Allah dalam setiap saat dan kelipan mata, iaitu penulis dan pencipta kitab ini (yaitu “al-Futuhat al-Makkiyyah” yang sebahagian kecil daripadanya yang sekarang sedang diterjemahkan ini ia menyeru anda supaya menjadi saksi baginya, selepas daripada meminta Allah, para malaikat-Nya, dan mereka yang hadhir padanya, dari kalangan orang-orang mukmin, dan yang mendengarnya, bahawa ia menyaksikan, pada kata dan i’tikadnya, bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa, tanpa yang kedua dalam keTuhanan-Nya; Maha Suci Ia daripada mempunyai pasangan atau anak; Yang memiliki (segala) (secara mutlak) tanpa sekutu; Raja yang Mutlak, tanpa wazir; Maha Pencipta tanpa mana-mana pentadbir bersekali dengan-Nya; yang Wujud dengan Zat-Nya, tanpa memerlukan kepada penjadi yang menjadikan-Nya; bahkan setiap yang wujud yang selain daripada-Nya berhajat (secara mutlak) kepada-Nya untuk wujudnya; Seluruh alam wujud melalui-Nya, dan Ia sahaja yang boleh dikatakan Wujud dengan Diri-Nya Sendiri; Tidak ada Mula bagi Wujud-Nya; dan tidak ada penyudah bagi Baqa-Nya; bahkan (Ia) Wujud Mutlak tanpa apa-apa kaitan atau syarat; Ia Berdiri Sendiri-Nya; bukan sebagai jauhar yang dibatas oleh tempat; kerana kalau demikian tempat diadakan bagi-Nya; bukan pula ia itu ‘arad atau sifat (seperti sifat benda), kalau demikian sifat Baqa’ mustahil bagi-Nya; Ia bukan sebagai jisim, kalau demikian maka Ia ada arah dan ada hadapan bagi-Nya; Maha Suci Ia daripada semua pihak (al-jihat); Ia maha Suci daripada semua arah (jihat) dan rantau (aqtar); boleh dilihat dengan hati dan mata kalau dikehendaki-Nya (apa lagi di akhirat bagi yang beriman);

Ia istimewa atas ‘Arasy-Nya sebagaimana yang dinyatakan-Nya dan dengan makna yang dikehendaki-Nya; sebagaimana ‘Arasy dan yang selain daripada-Nya ditetapkan-Nya; dan “bagi-Nya (hidup) yang kemudian dan yang awal” (53.25). Tidak ada bagi-Nya apa yang seperti-Nya yang boleh ditanggapi akal, dan akal tidak boleh menuju kepada-Nya (wa la dallat ‘alaihi al-‘uqul); masa tidak menghadkan-Nya, juga tempat tidak memindahkan-Nya dan mengangkatkan-Nya; bahkan Ia ada dan tempat tidak ada; Ia ada (sekarang) sebagaimana Ia telah ada (semenjak azali lagi); Ia menciptakan ketetapan (al-mutamakkin) dan tempat (al-makan); Ia mengadakan masa; dan Ia berfirman (maksud-Nya): 'Aku Yang Esa dan Yang Maha Hidup' (al-Wahid al-Hayy); menjaga sekelian makhluk tidak meletihkan-Nya; Sifat-Sifat yang bukan Sifat-Nya yang direka oleh makhluk tidak boleh digunakan bagi-Nya; Maha Sucilah Ia daripada bertempat pada-Nya oleh sekelian makhluk yang baharu; atau Ia bertempat dalam para makhluk; atau sekalian makhluk itu berada ‘selepas daripada-Nya’ atau Ia ‘sebelum daripada sekelian makhluk’, bahkan dinyatakan (dalam hadith nabi s.a.w.) (maksudnya) ‘Ia ada dan tidak ada sesuatu bersama dengan-Nya’. Kerana kata-kata ‘sebelum’, dan ‘selepas’ adalah antara sebutan-sebutan berkaitan dengan masa, yang Ia ciptakan pula.

Ia Maha Berdiri Sendiri (al-Qayyum), Yang tidak tidur, Yang Maha Menguasai tanpa sekatan (al-Qahhar), “Yang tidak ada sesuatu yang seperti-Nya”; (maksud Al Qur’an, ayat 42.11). Ia menjadikan ‘Arasy dan menjadikannya batasan istimewa’(hadd al-istiwa’); Ia menjadikan al-Kursi dan menjadikannya meliputi bumi dan langit tinggi. Ia Maha Tinggi (al-‘Ali), menjadikan Lauh dan Qalam Samawi, dan menjadikannya menulis dengan Ilmu-Nya berkenaan dengan makhluk-Nya sehingga ke Hari Keputusan Terakhir dan Penetapan HukumNya. Ia mengadakan alam seluruhnya tanpa sesuatu yang terdahulunya. Ia menjadikan makhluk. Ia menciptakan makhluk dan menyebabkan apa yang diciptakannya itu hilang musnah.

Ia menghantarkan arwah ke dalam tubuh-tubuh (makhluk-Nya) sebagai pemegang-pemegang amanah, dan menjadikan tubuh-tubuh yang mempunyai roh-roh itu di bumi sebagai khalifah-khalifah. Ia menjadikan tunduk kepada kita apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya dari Sisi-Nya, maka tidak ada suatu zarrahpun bergerak melainkan kembali kepada-Nya dan kerana-Nya. Ia menjadikan segalanya tanpa sebarang hajat kepadanya, dan tidak ada sesuatu yang wajib atas-Nya yang menjadikan-Nya melakukan demikian, tetapi dengan Ilmu-Nya yang terdahulu Ia akan menjadikan apa yang Ia ciptakan.

“Ia Yang Awal, Ia Yang Akhir, Ytang Zahir, dan Yang Batin” (57.3) dan

“Dia Berkuasa atas segala sesuatu”(5.120; 11.4; 30.50; 42.9.)

“Ia meliputi segalanya dengan Ilmu-Nya” (65.12)

“Dan Ia menghisab segalanya”(72.28);

“Ia Mengetahui rahasia dan apa yang paling tersembunyi”(20.7);

“Ia Mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang disembunyikan oleh hati (para makhluk-Nya)”(40.19);

“Adakah Ia tidak mengetahui apa yang diciptakanNya? Ia Yang Maha Halus, Maha Mendalam Pengetahuan-Nya”(67.14);

Ia mengetahui tentang segala sesuatu sebelum adanya, kemudian ia mewujudkannya, mengikut had mana yang ada dalam Ilmu-Nya.Ia mengetahui semuanya itu dengan tidak terputus daripada mengetahuinya; Ia mengetahuinya tanpa ada permulaan Ilmu-Nya itu, dan Ilmu-Nya yang demikian tidaklah dengan apa carapun menjadi baharu dengan baharu berlakunya segala sesuatu (tajaddud al-ashya’); Ia membawa segala sesuatu kepada kesempurnaannya dalam Ilmu-Nya, kemudian Ia menentukan kedudukan semuanya dengan teguhnya (bi ‘ilmihi atqana al-ashya’ fa ahkamaha); dan dengannya Ia menghukumkan atasnya sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Ia menentukan hukumnya; dan Ia mengetahui perkara keseluruhannya (‘alima al-kulliyyat) secara mutlak sebagaimana Ia mengetahui perincian-perincian (al-juz’iyyat) mengikut ijma’ daqn persetujuan dari ahli nazar yang sahih dan benar;

“Ia Mengetahui yang ghaib dan yang zahir dan Maha Tinggilah Ia daripada apa yang mereka syarikatkan dengan-Nya” (23.92);

“Ia melakukan apa yang dikehendaki-Nya” (85.16)

Ia menghendaki wujud segala makhluk yang ada (al-murid al-ka’inat), dalam alam langit dan alam bumi; Bagaimanapun Kuasa-Nya tidak tertakluk dengan apa-apa sehingga Ia menghendakinya; demikian pula Ia tidak menghendaki sesuatu sehingga Ia mengetahuinya; kerana adalah mustahil pada akal bahawa Ia menghendaki sesuatu yang Ia tidak mengetahui tentangnya; atau pihak yang dikurniakan dengan pilihan untuk tidak melakukan sesuatu, kemudian ia melakukan apa yang tidak dikehendakinya; Demikian pula sebagaimana mustahilnya bahawa semua hakikat-hakikat ini dinisbahkan kepada pihak yang tidak hidup, dan mustahil bahawa sifat-sifat ini ada dalam Pihak yang disifatkan oleh sifat-sifat itu.

Tidak ada dalam keseluruhan wujud ini apa-apa amalan taat atau amalan derhaka, juga tidak ada keuntungan dan kerugian, tidak ada hamba dan orang merdeka, sejuk atau panas, hidup dan mati, mana-mana keberhasilan atau terluput sesuatu, siang dan malam, keberadaan sama timbang elok dan keadaan senget, laut dan darat, mana-mana bilangan genap dan ganjil, mana-mana jauhar atau zat benda dan ‘arad atau sifatnya, mana-mana keadaan sihat dan sakit, kesukaan dan kesedihan, mana-mana roh dan jasad atau diri, mana-mana kegelapan dan cahaya, mana-mana langit dan bumi, mana-mana penghimpunan dan pemisahan, mana-mana yang banyak dan sedikit, mana-mana pagi dan petang, putih dan hitam, tidur dan bangun, zahir dan batin, yang bergerak dan diam, yang basah dan kering, bahagian luar dan inti, atau mana-mana daripada semua yang ada yang saling bertentangan, berlainan, dan yang bersamaan, melainkan semuanya itu diKehendaki oleh Tuhan al-Hak Yang Maha Tinggi!

Bagaimanakah ia tidak dikehendaki oleh-Nya walhal Ia yang mengadakannya?

Bagaimanakah Dia Yang mempunyai Kehendak Memilih mengadakan apa yang tidak dikehendaki? Tidak ada yang boleh menolak perintah-Nya, dan tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan Keputusan-Nya.

“Ia memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan melucutkan kekuasaan daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia meninggikan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menghinakan sesiapa yang dikehendaki-Nya “(3.26) “Ia membiarkan tersesat sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi bimbingan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”(7.155). Apa yang dikehendaki-Nya menjadi dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak menjadi. Itulah sebahagian daripada akidahnya yang ada dalam “al-Futuhat” yang beliau minta kita semua menjadi saksi tentang keimanannya dengan akidah itu; ia adalah akidah Aqhlis-Sunnah wal-Jamaah, tidak ada nama lain yang boleh kita camkan untuk akidah yang sedemikian ini. Bagaimanakah orang yang mempunyai akidah yang sedemikian ini dicapkan sebagai “pentheist” dan sesat? Maha Suci Allah. Apa-apa yang padai akhirnya berlawanan dengan akidahnya perlu dita’wilkan mengikut apa yang sewajarnya.

Demikian pula soalan timbul: bagaimana Hamzah Fansuri yang memberi huraian tentang manusia dan Tuhan dalam hubungan dengan ibadat, kewajipan-kewajipan, dan pegangan sebagaimana yang telah dipaparkan dalam bahagian yang berkenaan, dikatakan “pantheist”, alirannya “pantheism”. Maha Suci Tuhan. Apa yang disebut oleh beliau berkenaan dengan perlambangan laut, batu, manikam, kekasih dengan yang dikasihinya, dan lain-lain yang dihuraikan pula oleh dirinya sendiri dan para muridnya, dan yang dihuraikan oleh para sarjana yang berjasa membentangkan pandangan-pandangan dan penulisannya (terkecuali yang menuduhnya sesat atau menyimpang) mestilah perkara-perkara yang perlu dita’wilkan supaya sesuai dengan maksud yang tepat dengan aliran Ahlis-Sunnah wal-Jamaah. Sastera beliau adalah sastera Islam yang murni bukan sastera sesat; fahamnya adalah faham tasawuf Sunni bukan tasawuf zindik;

Kesimpulan:

Sebagai kesimpulannya penulis ingin kemukakan bahawa dilihat dari puisinya yang menyebut tentang hubungan insan (termasuk sudah tentu alam) dan Tuhan yang menerangkan kewajipan manusia dalam pegangan yang sah, kewajipan-kewajipan rohaniah yang benar, nilai-nilai etika kerohanian yang sahih, serta ketaatan kepada Syariat nabi Muhammad s.a.w. dalam semua keadaan, maka Hamzah Fansuri adalah seorang yang berjasa sekali, dengan gemilangnya, memberi gambaran tentang hubungan itu; dan gambaran ini bertepatan dengan tradisi kerohanian Islam, dengan unsur-unsur kreatif dirinya sendiri; demikian pula dilihat dari segi penggunaan perlambangan yang digunakan, bila digunakan proses hermeneutika atau ta’wil yang betul (yang diakui dalam alam ilmu Sunni) maka perlambangan beliau itu tidak membolehkan kita memahami beliau sebagai “pantheist” atau sesat, sebab itu bukan yang beliau maksudkan sebenarnya; tuduhan terhadap beliau sebagai sesat atau “pantheist” itu hanya timbul kerana salah faham terhadap kenyataan-kenyataan dan perlambangannya; apa lagi bila diingatkan bahawa ini bukan hanya bidang memahami secara mental atau pemikiran falsafah tetapi bidang yang menyentuh soal dhaukiyah atas “rasa spiritual” (“spiritual tasting”). Kedudukan beliau dalam Persuratan Islam Dunia Melayu yang diakui itu tetap teguh, dan beliau perlu diperkenalkan secara meluas dan kajian tentang penulisannya perlu diteruskan.

Wallahu a’lam.

Lampiran:

Secara ringkas, sebagai lampiran, catitan akan diberikan di bawah berkenaan dengan “al-Haqiqah al-Muhammadiyyah” dan “Nur Muhammad”. Berkenaan dengan ‘al-Haqiqah al-Muhammadiyyah”, Antara maklumat yang berkenaan dengannya – yang membuktikan ianya bukan dari ajaran Syi’ah atau mana-mana punca yang bukan diterima – ialah ayat Qur’an yang bermaksud: "Telah datang kepada kamu Nur(Cahaya) dari Allah, dan Kitab Yang Nyata" (5.15). “Nur” itu Nabi Muhammad s.a.w. Itu diterangkan oleh beberapa mufassirin klasik seperti al-Suyuti (‘al-jalalayn”, 139); Ibn Jarir al-Tabari yang menyatakan “Nur itu maknanya Nabi Muhammad (salla’Llahu ‘alaihi wa sallam) yang melaluinya Allah menerangkan kebenaran, menzahirkan Islam, dan menghapuskan kesyirikan; …(“Jami ‘al-Bayan”, 6.161); al-Baghwi yang menyatakan bahawa itu Nabi Muhammad s.a.w., atau mengikut pendapat yang lemah daripadanya, Islam. (‘ma’alim al-tanzil”, 2.228); al-Qurtubi (6.118) dan al-mawardi (“al-Nukat wa al-‘Uyun”, 2.22) yang menyatakan “nur” itu Nabi Muhammad s.a.w., demikian juda pendapat az-Zajjaj , imam dalam nahu.

Tentang Nabi s.a.w. berkedudukan sebagai makhluk yang terawal diciptakan, maka antara ulama yang membicarakannya ialah seperti Imam al-Suyuti dalam “al-khasa’is al-Kubra”, yang dalam bab satu kitab itu disebutkan hadith riwayat Hatim berkenaan dengan nabi tercipta terawal, dan mengambil Janji dengan Tuhan; Abu Nu’aim dalam “Dala’il al-Nubuwwah” hadith dengan senarai rawinya sampai kepada Abu Hurairah berkenaan dengan ayat Qur’an yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami mengambil Janji dari para nabi , dan dari kamu, dan Nuh, Ibrahim, Musa dan ‘Isa anak Maryam; dan Kami mengambil dari mereka janji yang berat" (33.7) bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Aku yang pertama diciptakan di kalangan para nabi, dan terakhir di kalangan mereka diutuskan”. Suyuti mencatitkan sembilan hadith lain yang memaksudkan bahawa nabi kita yang terawal diciptakan; antaranya hadith dari al-Bukhari dalam “al-Tarikh”, dan Ahmad, al-Tabarani, hakim, Bayhaqi, bahawa al-Maysarah al-Fajar (Allah meredhainya) berkata: "Saya bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah tuan hamba nabi? Kata baginda: “Waktu Adam antara roh dan jasad” (“al-Khasa’is al-Kubra”, 3-4). Berkenaan dengan metafisika sufi, Syaikh Nuh Ha Mim Keller menyatakan, bahawa mengikut mereka yang ditemuinya, Nabi Muhammad pada mereka adalah cahaya Allah dan juga manusia; untuk memahami titik-tolak mereka beliau menyatakan bahawa kita boleh perhatikan seluruh alam ini diciptakan Allah supaya nama-nama dan Sifat-SifatNya menjadi nyata, supaya dengan itu Ia dikenali. Dalam al-Qur’an ada ayat yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. (51.56). Menyebut penafsiran al-baghwi, maksudnya “supaya mereka mengenal-Ku” yang merupakan penafsiran yang sahih (“Ma’alium al-tanzil”, 5.230). Keseluruhan nama Tuhan ‘al-Rahman”, “Al-Karim” dan seterusnya dan pula “al-Khafid”, “al-Muntaqim” dan lainnya, mendatangkan keseluruhan spektrum keadaan hidup makhluk, akhirnya, dalam alam abadi, menimbulkan syurga dan neraka.

Ini semua memaksudkan adanya Syari’ah yang berupa perintah, yang mentadbir makhluk; yang tidak terpisah daripada Puncanya, Tuhan, kerana ia dari Percakapan Tuhan, al-Qur’an; dan Sunnah NabiNya; dan akhirnya titik tumpuan cahaya bagi semua cahaya itu, tempat zahirnya – dalam satu pengertian sebagai ikhtisar segala makhluk, dan masa timbulnya, adalah al-haqiqah al-muhammadiyyah. Nabi kita, yang kesedaran dirinya adalah sama dengan Syari’at Tuhan itu sendiri. Kita tidak dapat mengenali kesempurnaan nabi kita, itu terserah kepada Allah; tetapi ia adalah manusia supaya Syariat zahir di kalangan manusia, dan manusia taat kepadanya. Allah Maha Mengetahui segalanya. (33).

Dalam hubungan dengan “Nur Muhammad” antara maklumatnya ialah seperti berikut, selain daripada apa yang berkenaan di atas. Dalam hubungan dengan hadith-hadith tentang “nur Nabi Muhammad”, kata Dr Mostafa al-Badawi: “Setengah daripada hadith-hadith yang kami sebutkan di sini ada mempunyai senarai rawi yang kuat, yang lainnya lemah. Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa walaupun sanad yang paling lemah dalam anggapan para muhaddithin masih boleh diterima lagi sebagai bukti sejarah bagi mana-mana ahli sejarah professional di planet bumi ini, (yang riwayat-riwayat berkenaan itu) jauh lebih kuat dan terbukti autentiknya daripada lain-lain punca purba yang ia hadapi dalam usahanya. Adalah perkara yang umum diketahui bahawa hadith-hadith yang dhaif boleh menguatkan satu antara lainnya sehingga (dengan saling kuat-menguatkan itu) maka jadilah ianya boleh diterima. Sebab inilah maka apa yang kami nukilkan ini diterima oleh ulama terkemuka seperti Ibn kathir, Suyuti, Qadhi ‘Iyad, Bayhaqi dan lainnya.” (34).

Nota Akhir:

1.Penulis mengucapkan jazakumu’Llahu khairan kathiran kepada yang berbahagia Prof.Dr Md Salleh Yaapar, USM yang membekalkan penulis ini dengan buku karangan Dr Abdul Hadi W.M. tersebut.
2.2016, ff.31v-32r; dan Drewes dan Brakel, op.cit. hlm.92. Lihat Haji Muhammad Bukhari Lubis, “The Ocean of Unity”, DBP. Kuala Lumpur, 1993, hlm.282.
3.2016,ff.50r-50v; dan Drewes dan Brakel, op.cit., hlm.134.Lihat Muhammad Bukhari Lubis.op.cit, hlm.282.
4.2016,f.44r; dan Drewes dan Brakel, op.cit., hlm.122. Lihat Muhammad Bukhari Lubis, op.cit., hlm.282.
5.2016,ff.36v-37r; dan Drewes dan Brakel, op.cit., hlm.46. Lihat Muhammad Bukhari Lubis, op. cit.282.
6. 2016, f.41r, dan Drewes dan Brakel, op.cit.hlm.60. Lihat Muhammad Bukhari Lubis, op.cit., hlm.283. Juga dalam Dr Abdul Hadi W.M. “Tasawuf Yang Tertindas”, Penerbit Paramadina, Jakarta, 2001, hlm.133; 165.
7.Abdul Hadi W.M., sama, hlm.167.
8.Abdul Hadi W.M., sama, hlm.191.
9.Abdul Hadi W.M., sama, hlm.287 (dicatitkan sebahagian daripadanya).
10.Abdul Hadi W.M., sama. Hlm.293.
11.Bahagian daripada VI.47-49 dalam Abdul Hadi W.M. sama, hlm.360-361).
12.Bahagian daripada VII.49-51 ;lihat Abdul Hadi W.M., sama. hlm 362.
13.Abdul Hadi, sama.
14.Abdul Hadi W.M., sama, 368-370).
15. Lihat terutamanya studi yang definitive tentang tajuk ini oleh Abdul Hadi W.M. “Tasawuf Yang Tertindas, kajian hermeneutic terhadap karya-karya Hamzah Fansuri”, Penerbitan Paramadina, Jakarta, 2001; Haji Muhammad Bukhari Lubis, “The Ocean of Unity, Wahdat al-Wujud in Persian, Turkish and Malay Poetry”, DBP, Kuala Lumpur, 1993; dan tentang kaedah hermeneutic ini yang berkaitan dengan Amir Hamzah, yang terpengaruh dengan hamzah Fansuri, lihat Prof Dr Md salleh Yaapar, “Mysticism and Poetry: A Hermeneutical Reading of the Poems of Amir Hamzah”, DBP, Kuala Lumpur,1995. Untuk huraian tentang proses ta’wil atau “symbolic exegesis”, lihat karangan penulis kertas ini “Symbolic Exegesis in Islam” (dalam bahasa Inggeris) dalam “Peradaban dalam Islam”, bab XIII, hlm281-323 dengan nota-notanya. Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 1982.
16.Tentang “anak dagang”, “anak jamu”, “cinta dan wujud”, “cinta dan ma’rifat”, “ka’abah , kalbu, haji”, “ka’bah dan burung”, “kalbu dan air hayat”, “perjalanan kalbu dan haji”, “alam laut dan alam lahut”, “ikan tongkol/tunggal”, “bahrayn (dua laut)”, lihat huraian yang mendetail dan mendalam Abdul Hadi W.M., bab VI hlm 243-314. Juga Syed Muhammad Naguib al-Attas, “The Mysticism of Hamzah Fansuri”, Kuala Lumpur, 1970. Lihat juga A. Hasjmy, “Ruba’I Hamzah Fansuri”, DBP, Kuala Lumpur, 1976; Hj Wan Mohd Shaghir, “Tafsir Puisi Hamzah Fansuri”, Khazanah Fathaniah, Kuala Lumpur, 1996, hlm 35-86; Haji Muhammad Bukhari Lubis, op. cit., hlm 281-309.
17.Abdul Hadi W.M. op.cit., hlm 386 (bahagian daripada XIX.73-74); Muhammad Bukhari Lubis, op.cit., 283, dengan menukil Drewes dan Brakel. Dalam karangan A.Hasjmy, “Ruba’i Hamzah Fansuri” hlm.49 “muhit dengan batu” bukan “muhit dan batu”.
18.op.cit. hlm. 283-284.
19.2016, F.52v.Muhammad Bukhari Lubis, sama, hlm. 284.
20.2016, f.38r; dan Drewes dan Brakel, op.cit., hlm.54. Muhammad Bukhari Lubis, sama, 285.
21.2016, f.50v; dan Drewes dan Brakel, op.cit., 136.Lihat Muhammad Bukhari Lubis, sama. hlm. 285.
22. 2016, f.49; dan Drewes dan Brakel, op.cit.,126. Lihat Muhammad Bukhari Lubis, sama.285.
23.Hadith terkenal.
24.2016, f.49r; Drewes dan Brakel, op.cit.,130.Bdg Muhammad Bukhari Lubis, sama. hlm. 285.
25.Dalam “Asrar al-‘Arifin”, lihat Muhammad Bukhari Lubis, sumber sama, hlm.286.
26.Abdul Hadi W.M. sumber sama, hlm.290 dst.
26a. ‘Ali al-Qari menghubungkan “hadith kuntu kanzan” ini dari segi kesahihan maknanya dengan ayat Qur’an yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin danb manusia melainkan untuk ber’ibadat kepada-Ku”.(56.51). (Lihat http://www.islamic-awareness.org/Hadith/Ulum/aape.html
27. Dalam sama. hlm.294.
28. sama. hlm.294-295.
28a. Huraian fisik moden dalam teori quantum physics berkenaan dengan keadaan alam sebagai gelombang “waves”, lihat “The Tao of Physics”, oleh Frijof Capra, Fontana Publications, Great Britain, 1985.
29.Dirumuskan oleh Peter Riddel dalam “Islam and the Malay-Indonesian World”, Horizon Books, Singapore, 2001, hlm.121, dengan membuat rujukan kepada penerangan Syed Muhammad Naguib al-Attas.
30.sumber sama, hlm.163
30a. Berkenaan dengan “pantheism” dalam falsafah, yang tidak sama sekali boleh digelarkan kepada Hamzah Fansuri kerana tidak tepat maknanya
31.Misalnya lihat G.F. Haddad, “Shaikh Muhyi al-din Ibn ‘Arabi”,
32.Lihat “al-Futuhat al-Makkiyyah”, jld I, hlm 36 ff (edisi Dar al-Fikr, tanpa tarikh).
33.Lihat “Haqiqat al-Muhammadiyya”, oleh Nuh Ha Mim Keller
34.“The Light of the Prophet”, oleh Dr Mostafa Badawi

Bibliografi:

1.Abdul Hadi, W.M., “Tasawuf Yang Tertindas Kajian Hermeneutik Terhadap Karya- Karya hamzah Fansuri”, Jakarta, 2001
2.Al-Attas, Syed Muhammad Naguib, “The Mysticism of Hamzah Fansuri”, Kuala Lumpur, 1970.
3.Capra, Frijof, “The Tao of Physics”, Fontana Publications, Great Britain, 1985.
4.El-Muhammady, Muhammad ‘Uthman, “Peradaban Dalam Islam”, Kota Bharu, 1982.
5.Hasjmy, A., “Ruba’I Hamzah Fansuri”, Kuala Lumpur, 1976.
6. Ibn ‘Arabi, Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Ali, “al-Futuhat al-Makkiyyah”, Dar al-Fikr, tanpa tarikh dan tempat. (Beirut?). jilid I
7.Lubis, Haji Muhammad Bukhari, “The Ocean of Unity”, Kuala Lumpur, 1993.
8.Riddell, Peter, “Islam in the Malay-Indonesian World”, Singapore, 2001.
9.Wan Mohd Saghir Abdullah, “Tafsir Puisi Hamzah Fansuri”, Kuala Lumpur, 1996.
10.Yaapar, Md Salleh, “Mysticism and Poetry, A Hermeneutical Reading of the Poems of Amir